Welcome to my blog :)

rss

Thursday, April 19, 2012

Balah ^_^


Keistimewaan Kurma Buat Wanita.

                   Kesyumulan al-Quran meliputi semua cakup kehidupan manusia, dari segi ibadah, mu’amalah, penciptaan alam semesta dan termasuklah tumbuh-tumbuhan yang melata di muka bumi. Penghayatan terhadap semua penciptaan-Nya seharusnya menambah iman kita terhadap kekuasaan Yang Maha Esa.
          Sedar atau tidak dalam al-Quran yang mulia, tersenarai pelbagai jenis tumbuhan yang disediakan Allah yang Maha Pemurah kepada kita. Buah tin, zaitun, kurma, delima, kacang dal semuanya termaktub didalam al-Quran. Termasuklah bahan utama yang menjadi masakan kita orang melayu, iaitu bawang putih dan bawang merah.
                   Setiap ciptaan Allah pasti punya hikmah yang besar sama ada yang telah dibuktikan melalui kajian para saintis atau belum. Namun saya lebih tertarik untuk bercerita mengenai salah satu buah yang sangat istimewa. Disebutkan lebih dari 20 kali di dalam al-Quran sama ada dengan perkataan ( نخيل – النخل – النخلة - نخلاً ) dan (رطب ) dan merupakan makanan harian nabi kita, pastinya buah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
                  Kurma atau nama saintifiknya  Phoenix dactylifera mempunyai banyak khasiat. Kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti zat besi, kalsium, sodium dan potassium menjadikan buah ini mempunyai nilai nutrisi yang tinggi.
                  Memandangkan saya baru sahaja menamatkan pusingan obstetric and gynaecology, saya ingin fokuskan perbincangan tentang kelebihan kurma dari sudut kehamilan dan kelahiran. Di saat Saidatina Maryam sedang lemah menanggung kesakitan melahirkan anak, Allah s.w.t berfirman menenangkannya sebagaimana yang dirakamkan dalam Surah Maryam, ayat 25;

üÌhèdur Å7øs9Î) ÆíõÅg¿2 Ï's#÷¨Z9$# ñÝÉ)»|¡è@ Å7øn=tæ $Y7sÛâ $wŠÏZy_ ÇËÎÈ
dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

                
Pemilihan kurma sebagai makanan pilihan buat ibu yang mulia ini pasti mempunyai sebab tersendiri. Kajian demi kajian dibuat bagi menyingkap hikmah disebalik pemilihan kurma sebagai pohon pilihan dalam ayat ini. Kenapa buah ini dipilih khas buat ibu mulia, Saidatina Maryam a.s.?

                 Sains membuktikan bahawa buah kurma mempunyai kandungan gula yang tinggi (60-65%) dari jenis fructose. Berbanding glucose, gula fructose lebih mudah dicerna dan dapat meningkatkan kandungan gula dalam darah dalam masa yang lebih singkat untuk menghasilkan tenaga. Perbezaan jenis gula ini juga memberikan kelebihan kerana ia tidak mengakibatkan komplikasi kenaikan gula dalam darah sebagaimana glucose.
                Anda tahu apa itu oxytocin? Oxytocin merupakan hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pituitari untuk menyediakan tubuh seorang wanita untuk melahirkan anak. Selain meningkatkan penghasilan susu, oxytocin berperanan untuk merangsang pengecutan rahim. Arasnya yang optimum membantu rahim untuk menghasilkan pengecutan yang berkesan seterusnya memudahkan proses kelahiran. Berita baik buat bakal ibu sekalian. Buah kurma juga kaya dengan hormon ini. Subhanallah. Cantik bukan susunan Maha Pencipta?
                 Nutrisi tambahan lain yang terdapat dalam kurma juga termasuklah folic acid, zat besi, kalsium, phosphorus dan kalium. Pendak kata, semua mineral yang sangat diperlukan oleh wanita yang melalui proses kelahiran ini terkandung di dalam sebiji kurma. Sebagaimana yang kita tahu, dalam proses kelahiran, ibu-ibu berdepan dengan risiko kehilangan darah yang banyak. Syukur kepada Allah. Folic acid dan zat besi yang kaya dalam kurma dapat membantu mengawal kadar hemoglobin dalam sel darah merah dan pembentukan semula sel darah merah bagi menggantikan darah yang hilang tersebut.
                Kalsium dan phosphorus juga tidak kurang pentingnya. Kandungan kalsium dalam kurma sangat bermanfaat bagi pertumbuhan tulang dan gigi pada janin, juga sangat bermanfaat untuk ketahanan tulang bagi ibu hamil itu sendiri.
                  Benarlah al-Quran merupakan mukjizat teragung yang diturunkan kepada Nabi dan Rasul tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. al-Quran yang telah diturunkan lebih dari 14 abad yang lalu ini masih relevan fungsinya sebagai panduan dan petunjuk kepada kita, umat Nabi Muhammad sehingga hari ini.
                  Jika ingin kita senaraikan semua hikmah disebalik kurma dalam ayat ini sahaja sebenarnya masih banyak yang tidak tersenarai. Yakinlah bahawa setiap kalimah dan ayat yang terkandung di dalam al-Quran merupakan mukjizat buat  nabi Muhammad saw. Subhanallah. Moga perkongsian yang sedikit ini membawa kita untuk lebih mengkaji ciptaan-Nya. Semoga semakin kita mendalami ilmu perubatan, semakin bertambah nilaian iman kita disisi Rabbul ‘Alamin. Wallahu a’lam.

Rujukan :
1)      1- Al-Quran al-Kareem
2)       2-  Harun Yahya.com; http://www.womaninthequran.com/01.html




0 comments: