Welcome to my blog :)

rss

Friday, June 18, 2010

he has no such right!

[ضَرَبَ لَكُمْ مَّثَلاً مِّنْ أَنفُسِكُمْ هَلْ لَّكُمْ مِّن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَـنُكُمْ مِّن شُرَكَآءَ فِى مَا رَزَقْنَـكُمْ فَأَنتُمْ فِيهِ سَوَآءٌ تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنفُسَكُمْ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الاٌّيَـتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ - بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُواْ أَهْوَآءَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَمَن يَهْدِى مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَا لَهُمْ مِّن نَّـصِرِينَ ]

(28. He sets forth for you a parable from yourselves: Do you have partners among those whom your right hands possess to share as equals in the wealth We have bestowed on you, whom you fear as you fear each other Thus do We explain the signs in detail to a people who have sense.) (29. Nay, but those who do wrong follow their own lusts without knowledge. Then who will guide him whom Allah has sent astray And for such there will be no helpers.)

A Parable of Tawhid

This is the parable Allah makes of the idolators, those who worship others besides Him and attribute partners to Him, while at the same time admitting that these so-called partners -- idols and false gods -- are enslaved to and belong to Him. In their Talbiyah (during Hajj and `Umrah they used to say, "At Your service, You have no partner except the partner that You have, You own Him and whatever he owns.''

[ضَرَبَ لَكُمْ مَّثَلاً مِّنْ أَنفُسِكُمْ]

(He sets forth for you a parable from yourselves) `something which you yourselves can see witness, and understand.'

[هَلْ لَّكُمْ مِّن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَـنُكُمْ مِّن شُرَكَآءَ فِى مَا رَزَقْنَـكُمْ فَأَنتُمْ فِيهِ سَوَآءٌ]

(Do you have partners among those whom your right hands possess to share as equals in the wealth We have bestowed on you...) `None of you would like to have his servant as a partner in his wealth, each of them having an equal share.'

[تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنفُسَكُمْ]

(whom you fear as you fear each other.) `You fear that they will have a share in your wealth with you.' Abu Mijlaz said, "You do not fear that your servant will have a share in your wealth, because he has no such right; similarly, Allah has no partner.'' The point is, that since any one of you would abhor such a thing, how can you attribute rivals to Allah from among His creation At-Tabarani recorded that Ibn `Abbas said, "The people of Shirk used to say in their Talbiyah, `At Your service, You have no partner except the partner that You have, You own Him and whatever he owns.' Then Allah revealed the words:

[هَلْ لَّكُمْ مِّن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَـنُكُمْ مِّن شُرَكَآءَ فِى مَا رَزَقْنَـكُمْ فَأَنتُمْ فِيهِ سَوَآءٌ تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنفُسَكُمْ]

(Do you have partners among those whom your right hands possess to share as equals in the wealth We have bestowed on you, whom you fear as you fear each other)'' If humans have this characteristic, this parable shows that it is even less befitting for Allah to have a partner.

[كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الاٌّيَـتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ]

(Thus do We explain the signs in detail to a people who have sense.) Then Allah points out that when the idolators worship others instead of Him, doing so out of their own folly and ignorance:

[بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُواْ]

(Nay, but those who do wrong follow...), meaning, the idolators,

[أَهْوَاءَهُمْ]

(...their own lusts) means, in their worship of false gods without knowledge.

[فَمَن يَهْدِى مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ]

(Then who will guide him whom Allah has sent astray) means, no one can guide them if Allah has decreed that they will be misguided.

[وَمَا لَهُم مِّن نَّـصِرِينَ]

(And for such there will be no helpers.) means, there is no one who can save them from the power of Allah or grant them a way out, for what He wills, happens and what He does not will, does not happen.

[فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِى فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لاَ تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ - مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ الصَّلوةَ وَلاَ تَكُونُواْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ - مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ وَكَانُواْ شِيَعاً كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ ]

(30. So, set you your face towards the religion as a Hanif. Allah's Fitrah with which He has created mankind. No change let there be in Allah's Khalq, that is the straight religion, but most men know not.) (31. (And remain always) turning in repentance to Him and have Taqwa of Him; and perform the Salah and be not of idolators.) (32. Of those who split up their religion, and became sects, each sect rejoicing in that which is with it.)


from : tafsir Ibn kathir. tafsir surah ar - Rum (28-29)

Wednesday, June 16, 2010

inna liLlah..solat jenazah & solat hadiah

inna liLlah wa inna ilaiHi raaji3un~

semalam..

status wani..

"Alfatihah buat nenda saya Allahyarhamah Halimah binti Sidek atas kepulangannya ke rahmatullah pukul 10.30 mlm 15 Jun 2010 waktu msia tadi"

Allah!
lps satu satu khabar kematian..
Allah kuatkn sahabat2 ku!
dikelilingi dgn berita kematian saudara terdekat di musim imtihan ini sangat menduga iman~
Wani ade bagitahu yg wan die sakit..
dia berharap dapat jaga wan die ketika pulang bercuti nnti..
tapi perancangan Allah mengatasi segalanya~
Allah lebih sayangkan wan wani..

disini, sy ingin selitkan tentang cara solat sunat jenazah
& apa yg kita perlu tahu mengenai solat sunat Hadiah...
sbagai panduan di saat diri x keruan saat mdapat panggilan yg x diduga sebegini..

Solat Jenazah

Hukum Sembahyang Jenazah

Sembahyang jenazah adalah fardhu kifayah, boleh dikerjakan bila-bila masa sahaja walaupun pada waktu yang dilarang. Boleh dilakukan secara berseorangan atau berjemaah. Memadai dilakukan oleh seorang sahaja daripada lelaki walaupun kanak-kanak yang mumayyiz.

Syarat-syarat Sembahyang Jenazah

Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah;

1. Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat serta mengadap kiblat.

2. Tidak disyaratkan masuk waktu sembahyang fardhu, terutama kalau ditakuti tubuh mayat itu rosak, hendaklah disegerakan walaupun di dalam waktu yang makruh.

3. Jenazah mestilah telah selesai dimandikan dan dikafankan.

4. Tidak terkehadapan orang yang menyembahyangkan daripada kedudukan mayat.

5. Menghala kepada mana-mana bahagian daripada mayat. Bagi imam atau orang yang bersembahyang berseorangan hendaklah berdiri di bahagian kepala bagi mayat lelaki dan di tengah badan bagi mayat perempuan.

6. Imam sembahyang jenazah digalakkan menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah kepada para makmum kerana dibimbangi ada kalangan makmum yang tidak tahu atau terlupa.

Syarat-Syarat Jenazah Yang Hendak Disembahyangkan

Syarat-syarat jenazah yang hendak disembahyangkan ialah;

1. Jenazah itu Muslim bukan orang kafir atau murtad.

2. Bukan mati syahid

3. Selepas dimandikan dan dikafankan, makruh disembahyangkan jika sebelum dikafankan.


Orang yang diutamakan Menjadi Imam

Yang diutamakan menjadi imam bagi sembahyang jenazah ialah;

Pertama: Bapa, datuk dan seterusnya (ke atas)

Kedua: Anak, cucu dan seterusnya ke bawah (mengikut tertib pusaka)

Ketiga: Adik-beradik seibu- sebapa.

Keempat: Adik beradik lelaki sebapa.

Kelima: Anak saudara lelaki seibu-sebapa.

Keenam: Anak saudara lelaki sebapa.

Ketujuh: Bapa saudara

Kelapan: Anak bapa saudara (sepupu)

Kesembilan: Saudara-mara yang dekat kemudian yang jauh. Jika didapati sama kedudukan dua orang yang mahu menjadi imam diutamakan yang lebih adil daripada yang alim.


Kedudukan Jenazah, Imam dan Makmum

Cara meletakkan kedudukan jenazah yang hendak disembahyangkan adalah seperti berikut;

1. Letakkan jenazah di hadapan imam melintangi kiblat.

2. Kedudukan kepala jenazah lelaki atau perempuan itu hendaklah di sebelah kanan imam dan imam pula berdiri dibahagian kepala atau dada jenazah.

Perhatian: Kebanyakan masyarakat umum, meletakkan kedudukkan kepala jenazah lelaki disebelah kiri imam. Sebenarnya kurang tepat dan tiada nas yang menyuruh berbuat demikian walaubagaimanapun solat jenazah itu tetap sah.


Kedudukan imam pula ialah:

- Jenazah lelaki: Imam berdiri di bahagian kepala atau dada jenazah.

- Jenazah perempuan: Imam berdiri di bahagian pinggang jenazah.


Kedudukan makmum ialah:

- di belakang imam, sebaik-baiknya dibuat tiga saf ataupun lebih.


3. Untuk sembahyang ghaib iaitu jenazah yang tiada di hadapan seperti orang yang hilang tidak dijumpai, mati tenggelam, dihanyutkan oleh arus, dimakan binatang buas atau seumpamanya, imam dan makmum perlu mengadap kiblat tanpa perlu ada jenazah di hadapan.

Rukun Sembahyang Jenazah

Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :

i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan

ii. Berdiri bagi yang berkuasa.

iii. Bertakbir empat kali.

iv. Salam


Tatacara solat jenazah

1. Berdiri betul bagi yang berkuasa / berdaya

2. Niat


a. Lafaz niat solat jenazah lelaki :


Sebagai Imam:

“Sahaja aku solat ke atas mayat (lelaki) ini empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah Taala.”

Sebagai Makmum:

“Sahaja aku solat ke atas mayat (lelaki) ini empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.”


b. Lafaz niat solat jenazah bagi perempuan;

Sebagai imam:

“Sahaja aku solat ke atas mayat (perempuan) ini empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah Taala.”

Sebagai makmum:

“Sahaja aku solat ke atas mayat (perempuan) ini empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.”


c. Lafaz niat solat jenazah kanak-kanak lelaki

Sebagai imam:

“Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (lelaki) ini empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah Taala.”

Sebagai makmum:

“Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (lelaki) ini empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.”


d. Lafaz niat solat jenazah kanak-kanak perempuan

Sebagai imam:

“Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (perempuan) ini empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah Taala.”

Sebagai makmum:

“Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (perempuan) ini empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.”

3. Takbir empat kali termasuk takbiratulihram.

4. Membaca surah al-Fatihah selepas takbir yang pertama

5. Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir yang kedua;

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad SAW dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad SAW dan atas keluarganya. Sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".


6. Membaca doa seperti berikut (Selepas takbir yang ketiga);

Bagi lelaki:

“Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia (lelaki). Afiatkanlah dia dan ampunilah dia. Muliakan tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya. Basuhkanlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.”

Bagi perempuan:

“Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia (perempuan). Afiatkanlah dia dan ampunilah dia. Muliakan tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya. Basuhkanlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.”


Bagi kanak-kanak lelaki:

“Ya Allah, jadikanlah dia sebagai orang yang mendahului (ibu bapanya ke syurga), khazanah, pengajaran dan memberi syafaat kepada mereka. beratkanlah dengannya timbangan amal kebaikan mereka. limpahkanlah kesabaran ke dalam hati kedua-dua mereka. janganlah engkau jadikan fitnah kepada mereka selepas kematiannya dan janganlah Engkau menahan pahalanya daripada dinikmati oleh kudua-duanya.”


Bagi kanak-kanak perempuan:

“Ya Allah, jadikanlah dia sebagai orang yang mendahului (ibu bapanya ke syurga), khazanah, pengajaran dan memberi syafaat kepada mereka. beratkanlah dengannya timbangan amal kebaikan mereka. limpahkanlah kesabaran ke dalam hati kedua-dua mereka. janganlah engkau jadikan fitnah kepada mereka selepas kematiannya dan janganlah Engkau menahan pahalanya daripada dinikmati oleh kudua-duanya.”

7. Memberi salam selepas takbir yang keempat.


Perkara sunat dalam solat jenazah

1. Mengangkat tangan ketika takbir

2. Meletakkan tangan di atas pusat sebagaimana solat yang lain.

3. Membaca selepas takbir yang keempat;

“Ya Allah, janganlah Engkau menghalang kami daripada mendapat pahalanya dan janganlah kami terfitnah selepas kematiannya. Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang beriman mendahului kami. Wahai Tuhan kami Engkaulah Maha Belas Kasihan lagi Maha Penyayang.”

4. Hendaklah dibuat tiga saf.

5. Imam hendaklah berdiri dekat dengan pinggang mayat sekiranya perempuan dan dekat dengan bahu sekiranya mayat ialah lelaki.

6. Memandang sebelah kanan dan kiri semasa memberi salam.

dicopy directly from: http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=108&mnu=108

::Solat sunat Hadiah ::
pernah dengar ttg solat ini ketika di maahad dulu..

1.Benarkah kita disunat Solat Hadiah utk simati pada malam pertama selepas jenazah di kebumikan ? Jika benar, tolong berikan hadis atau sandaran utk amalan dan bagaimana cara ianya dikerjakan
(bersendirian/berjemaah/surah yg afdal)?
2. Ketika upacara pengkebumian saya lihat ada orang mengepal tanah dan dibacanya sesuatu lalu diletak di bawah mayat di dalam liang lahad. Apakah bacaanya ?

Jawapan

Sunat hukumnya menurut fuqaha' Syafi'iy yang mutakhir. Antaranya Syarah Sittin Masail ArRamli
oleh Ahmad anNu'mani ms 67. Namun ia tiada dalil yang kuat dan hadisnya juga tidak dinyatakan
perawi-perawinya.

Manakala ia tidak disebut oleh fuqaha' dan Imam-Imam madzhab yang lain. Maka kita tidak melakukan sesuatu amalan selagi ia tidak disandarkan kepada dalil yang kuat berdasarkan kaedah:
Barangsiapa yang mendatangkan sesuatu yang baru dalam urusan agama, maka ia adalah tertolak.

rujukan : http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab132.htm


perdu21 wrote:
Ya ikut nasihat Tuan Keramatau. Toksah pening2kan kepala.

Camna pun setelah penat bertanya dan mencari2, Alhamdu lillah, sampai pertolonganNYA.
Saya baru dapat info dan saya berkongsi dgn Tuan2.

Solat Hadiah atau dikenali juga Solat Teman oleh orang kampung. Dikerjakan setelah jenazah dikebumikan. Waktu yang terbaik selepas waktu maghrib. Kalau di lain waktu pun dibolehkan juga. Kalau simati telah lama dikebumikan bertahun-tahun pun dibolehkan. Setiap kali dilakukan solat ini maka akan turun seribu malaikat membawa cahaya menerangi dan menemani dialam kubur kata guru agama. Tiada nas dan hadith tentang solat ini tetapi dilakukan oleh para ulama terdahulu. Ingatlah ulama adalah pewaris nabi-nabi.

Cara mengerjakannya seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dua rakaat. Berrwuduk dan bersih dari najis. Niatnya USHALLI SUNNATAL HIDYATI RAKAATAINI LILLAH HI TAALA.

Rakaat pertama dan kedua dibacakan;
Al-Fatihah 1x
Ayat Kursi 1x
Surah Attakatsur 1x
Al-Ikhlas 10x
Rukuk, iktidal, sujud seperti biasa dan tahiyyat akhir rakaat kedua dan salam.

Selepas solat bacakan doa ini;
ALLAAHUMMA INNI SHALLAITU HADZIHISH SHALAATI, WA ANTA TA' LANU URID, ALLAHUMMAB TSAWAABAHAA ILAA QABRI (nama almarhum binti nama ibunya)


Semoga mendatangkan munafaat.

Salaaammmm


Oh sembahyang sunat hadiah. Memang kalau kita lihat dalam kitab fiqah tidak disebutkan disebabkan tiada nas yang jelas mengenainya.

Sebab terdapat beberapa fatwa mengenai sembahyang sunat hadiah ni.

Fatwa dari Negeri Pulau Pinang

Jawatankuasa berpendapat tidak ada satu sembahyang yang dinamakan sembahyang hadiah kepada mayat, apa yang difahamkan daripada hadith ialah sembahyang sunat mutlak sepertimana yang terdapat didalam Kitab Nihayatuz-Zain (m/s 107)
Maksudnya: Setengah daripada sunat, sembahyang 2 rakaat bagi mayat sesudah di tanam.

Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
maksudnya: Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, baclah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam.

Fatwa Mufti Johor
Soalan:
(a) Apa hukum sembahyang hadiah bagi mayat?
(b) Apa hukum fiddiyah sembahyang? Adatkah ia @ ibadat. Jika boleh dibuat dengan cara manakah yang bersih? Dengan cara masa kini adakah diperakukan oleh syara’?

Jawapan:
(a) Tidak sah kerana tidak ada terdapat hadith berkenaannya Hadith daripada Nabi S.A.W dan kerana sembahyang itu ibadah badaniyyah dan tidak mungkin mengatakan boleh memperbuatnya ganti orang lain melainkan dengan ada dalil, padahal tidak ada dalil yang mengharuskan berbuat demikian.
(b) Tidak harus di sisi Imam Al-Syafei fidiah sembahyang, dan ada pendapat disisi Mazhab Hanafi mengatakan harus.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato’ Syed Alwe Tahir Al- Hadad
Tarikh Diisu : 1936-1961

http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=19488

p/s: koreksi diri..sudah bersediakah anda?

Tuesday, June 1, 2010

got fever again~





alahai~

die 'demam' lg..
sejak 2-3 hari ni, asek demam je..
tahulah tgh climax summer..huhu
aduh!
runsing aku..
sabar ye~
balik ni, insya allah kte p service..
da kuat sgt ni habuk kut..biase lah dok kt negara pdg pasir ni~
pastu, bleh la bodek abah sket..
belikn fan laptop..hehe

ritu da p antar nk bersihkn fan..
terkezut gk tgk die gne vacuum biase je..
x kesah camne pon..
sbb akhirnye, kebah jgk dari demamnye..
haha..bleh beli vacuum khas utk vacuum fan laptop pasni~

tp, die kne infection balik kut..
panas nye bleh tahan..
t'paksa jgk ikut petua kok na..
haha~


x sabar nk balik~~~~~~~
haha..ade org nk sponsor broadband!
makaceh ye! :D