Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, August 10, 2011

ramadhan 10, 1432H

salam ramadhan 3alaikou gamii3an~
 
... ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), 
supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) 
dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); 
dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. 
dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

... tidakkah mereka mengetahui 
Bahawa Allah Dia lah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, 
dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), 
dan Bahawa Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
 (Surah at-Taubah : 103-104)


alhamdulillah ada sedikit pengisian dari seorang sahabat dalam kelas tadi..
antara banyak perkara yang ditazkirahkan termasuklah kepentingan bersedeqah sebagai jalan membersihkan diri dan mensucikan diri dalam jalan memohon ampun kepada Allah (b'taubat)..
teringat balik ayat ni bila dengar imam masjid ferrari (masjid lorong rumah) ini..
mengulang semula ayat ini dalam solat taraweh tadi..

macam bukan kebetulan kot..huhu
alhamdulillah~

dan dengar pulak ceramah yg k.una share kt fb



dush !! dushh !!

*Rahmat bulan Ramadhan seperti hujan lebat..
setiap orang akan dapat dapat kumpul air hujan tu mengikut saiz bekas yang dia sediakan..
T__T   kecilnya bekas saya..huhu

Sunday, July 24, 2011

juz reminder in case i forget..

Bismillah~

salam alayk~

alhamdulillah kami telah berjaya menghabiskn satu minggu round cardiology yang padat yang amat!
Dalam masa satu minggu, kelas everyday 7-8 hours straight (compared to dermato round only about 3 hours only) rindu dermato T_t
+ assignment + 5 cases (we suppose to take) = end round exam yang sgt menyedihkn T_Y

next week = esok bermula round baru, chest
may be tak banyak berbeza dengan cardio..sebab kelas akan berjalan 7-8 and half hours straight..
mari bermujahadah menuju syurga Allah~
may Allah strengthen us!

cerita di atas tiada kaitan dengan tajuk..
sekadar muqaddimah yang tiada tujuan..hehe

di sini saya ingin mencoretkan cebisan input yang saya peroleh dari salah satu program tarbiyah yang pernah saya ikuti sebelum ini..
serius~!
saya terasa sangat dengan kata-kata seorang adeq ini..

...dengan tutur kata yang lancar dan jelas, dia memberi tazkirah buat kami pada pagi itu..
suasana solat berjemaah pagi itu benar-benar mendamaikan..
dipayungi awan betul-betul di tempat kami berjemaah..
adeq ini mula menjentik hati kecil saya bila dia mula menyentuh perihal tv dan hati..

kita semua pernah diberitahu bahawa tv merupakan agen yahudi melalaikan umat Islam, bla..bla..bla..
tetapi kita, spesifiknya saya.. buat-buat tak dengar dan pekakkan telinga.
saya antara orang yang paling ketagih mungkin, penonton drama korea, movie dan sebagainya..
rasa tak lengkap hari tanpa satu episod movie..
walaupun ramai kawan-kawan mengutuk drama korea (kerana lebih banyak fantasi dari realiti, panjang sangat episod, jalan cerita yang hampir sama, pasti ada heroin dan hero-hero yang hensem ^_^) ..bla..bla..bla

saya pekakkan telinga sebab saya tengok cerita untuk release tension bukannya untuk menilai value cerita tersebut..
menggunakan alasan "tak pe, sambil makan sambil tengok tv, x buang masa, cuma nak release tension"

adeq ni menceritakan sendiri kisah tv dan pengaruhnya terhadap dia..
dia merupakan salah seorang yang istiqomah mengambil sanad tahsin al-Quran dari seorang Syeikh Al-Quran..
setiap hari dia akan membaca 1 juzu' al-Quran untuk diperbetulkan bacaan di hadapan sheikh..
sebagaimana mereka yang pernah mengaji dengan arab, mereka sangat sensitif dengan kesalahan makhraj dan kesalahan yang kita (orang melayu) tak perasan..
hari-harinya diteruskan sehinggalah satu hari dia berazam keesokan harinya, dia nak cuba habiskan 2 juzu' dihadapan sheikh tersebut..
pada hari sebelumnya jadualnya sangat padat..
apabila sampai dirumah..
dia berfikir " penatnya, malam ni rasa nak rileks je.."
sedang dia melalui bilik sahabatnya, dia tengok, sahabatnya sedang menonton cerekarama..
dia datang, untuk menumpang sekaki sambil berehat di ribaannya sahabatnya..

keesokannya rutin harian diteruskan..
apabila tiba saat dia memperdengarkan bacaannya dihadapan sheikh tersebut,
bacaannya tersekat-tersekat, dia tak berjaya nak habiskan satu juzu' pun hari itu..
sheikh tersebut memarahinya dengan suara yang lantang..
dan terkeluar dari mulut sheikh itu, "saya tak pernah jumpa, orang yang teruk bacaan Qurannya dari awak!!!"
dia menangis...
bukan kerana dimarahi sheikh, tetapi sedih sebab bacaannya tersekat-sekat..
puas dia fikir, kenapa bacaan dia hari ini sangat teruk..
apa lah yang dia buat sampai Allah tahan lidah dia..
apabila pulang, dia terfikir yang malam sebelum dia mengaji itu, dia menonton cerita..
cerita melayu je pon, bukan movie omputih yang penuh adegan-adegan 'itu'..

dia mengakhiri ceritanya dengan kata-kata..
hati yang bersih (mempelajari al-Quran) tak dapat menerima bersama lagha dunia..

..kesimpulannya, fikirlah sendiri
saya sendiri tak mampu lagi jadi seperti dia..
mungkin akan mula untuk belajar berpuasa movie seiring dengan ketibaan Ramadhan ini..
Allah, bantu aku untuk istiqomah bermujahadah..(aku x kuat T_T)

# countdown : 8 hari lagi nak tetamu VIP kita, RAMADHAN akan menemui kita..
  (8 hari lagi jugak end round chest akan menyusul, sahhilni Ya Rabb!!)

Friday, July 8, 2011

psyche dan kuasa ajaib~

salam alaiyk..

alhamdulillah..kami baru menamatkan round neuropsychiatry kami (25.06.11)
psychiatry best !
banyak cerita-cerita yang menarik minat saya dalam psychiatry ini antaranya..
sebab dapat lihat kekuatan kuasa yang tak dapat dilihat dengan mata kasar,
namun kesannya membuktikan kewujudannya..
iaitu psyche atau sebutan inggerisnya 'mind' atau bahasa melayu dipanggil 'minda atau jiwa'..
sampai satu saat bila orang itu tak dapat mengawal minda dia, minda dia yang mengawal dia..
(huhu..paham ke?)

subhanallah~
macam yang doc kami pernah cerita dalam kelas, contohnya pesakit hysteria..
pada masa dia baru lagi menjadi resident di salah sebuah hospital di kaherah,
seorang askar dikejarkan ke hospital tempat dia betrugas.
askar tersebut tiba-tiba lumpuh, tak boleh nak gerakkan kaki..
bila buat investigation semua...bla..bla...
askar tersebut mengalami tekanan yang hebat kerana pada masa itu,
tak silap ketika itu adalah peperangan besar antara mesir-israel 1973. (sittah oktober)
akhirnya askar tersebut didiagnos sebagai hysteric paraplegia (lumpuh disebabkan hysteria)
sedangkan askar tu sendiri tak sedar yang badan dia lumpuh tiba-tiba disebabkan hysteria..
dia sendiri bersyukur disebabkan penyakit lumpuh yang tiba-tiba itu..
tak perlulah dia nak fikir-fikir lagi macam mana untuk tarik diri dari menyertai peperangan tersebut..
(badan dia tolong keluarkan dia dari masalah..macam tu la lebih kurang)

hebat x kuasa yang invisible ini?
subhanallah~

lagi satu sorang prof pernah bincang kes berkenaan pesakit schizophrenia.
bezanya pesakit schizo ini dengan depression atau mania adalah..
mood dia tak infectious (tak mempengaruhi orang sekelilingnya)..

seriously, kalau anda bercakap dengan orang depress, anda akan turut depress seperti dia..
tanya banyak-banyak dia jawab sepatah. (tu pon kalo dia nak jawab!)
kita tumpukan sepenuh perhatian kat dia nak tolong dia, nak tanya apa masalah dia..
muka kita pun dia x nak tengok
pastu buat gaya..
dah dah la tu doc tanya..sy tension ni!! (cam tu lah lebih kurang) +_+

kalo bercakap dengan orang mania lain pulak kisahnya.
kita baru tanya satu soalan, dia cakap macam tak mao berhenti..
gaya dia yang sangat ceria, sampai doc pon tergelak-gelak.
rasanya kalau doc tu sedang dalam masalah pun boleh lupakan sekejap masalah tu.
very talkative, very ambitious, very positive thinking, very neat & tidy (on their way)
kita yang baru pertama kali jumpa pun tak rasa kekok bersembang dengan dia.. ^_^

kita boleh lihat bagaimana terkesannya infectiousnya (istilah buku) seseorang dengan mood pesakit-pesakit tersebut.
ini juga disebabkan kedua-dua emotion (apa yang dia rasa) dan thought (apa yang dia fikir) adalah seiring (congruant)

berbeza pulak kalau kita berbual dengan pesakit schizophrenia..
kalau dia senyum kepada kita, senyum dia adalah dibuat-buat (silly smile)
(macamsenyum terpaksa, senyum tak ikhlas la lebih kurang)
kita bukan gelak bersama pesakit, tetapi gelak kerana ketidak warasan pesakit itu.
apa yang terzahir dari dia bukan dari hatinya (not from his heart)..
dan ada yang banyak bercerita, tapi ceritanya langsung tak masuk akal..
dan menampakkan lagi ketidak-warasan dia..


teringat..
pernah dengar tazkirah seorang ust ni, dia cakap..
pada era yang sangat canggih ni,
dengan semua benda boleh dipindahkan dengan mudah

infra red..
bluetooth..
email..
dan sebagainya..

orang yang beribu batu jauhnya pun boleh mendapat maklumat yang sama sekelip mata,
dengan keupayaan manusia yang terbatas pun mampu cipta semua alatan ini
tak kan lah iman yang Allah campak dalam hati-hati kita tak mampu nak tersebar untuk mempengaruhi orang lain.
kalau memang kita niat nak berdakwah ikhlas kerana Allah Ta'ala..
tak kan lah iman melonjak tinggi seseorang tu tak mampu nak memberi kesan kat orang sekeliling dia..
tak kan lah tak de langsung hubungan yang dapat mengantar isyarat iman tersebut kepada orang lain..

jadi, tak rugi pun sebarang usaha dakwah kalian..
sebenarnya orang tu sendiri dah terkesan dengan apa yang korang cuba sampaikan,
akhlak nabi yang cuba korang tonjolkan..
hati dia dah tergerak, tapi mungkin perlukan sedikit push lagi,
ataupun perlukan masa untuk yakinkan diri tentang yang jalan yang lurus yang baru dia jumpa..

satu lagi kuasa yang sangat power adalah kuasa do'a
berdoa'lah~
mintalah kepada Dia, pemilik hati saya, hati anda, dan hati mereka..
agar hati yang gersang itu basah dengan kebesaran Allah~
agar akhirnya, dai'e yang kita dakwahkan itu mampu membawa Islam ke tahap yang kita sendiri tak mampu..

..agar nanti ada penyambung rantai-rantai dakwah ini~
Kemenangan untuk perjuangan ISLAM itu jelas dan nyata, kita hanyalah penyambung mata rantai perjuangan, kita bukan pemula dan bukan juga penamat. kita hanya sebahagian.
Sekiranya pahala ganjaran itu kelihatan, pasti berpusu pusu manusia yang ingin melibatkan diri dalam perjuangan ini,

kita hendaklah mempercayai perkara perkara ghaib seperti yang tertera dalam
surah Al Baqarah:
" Iaitu orang orang yang beriman kepada perkara perkara ghaib. Al Baqarah, ayat 3"



'in politic, everyone is potential to be enemy,
but in dakwah, everyone is potential to be Muslim'

*p/s: dicopy paste dari kelas di kuliah, tazkirah yang ust bagi, blog yang dibaca..
moga perkongsian ini ada manfaat~ ^_^

waAllahu a'lam..

Friday, June 24, 2011

neuro and Islam

Doc Azza Abaas once said in her lecture of neuropathy that 
"The infectious stage of leprosy is manifested by loss of outer 1/3 of eye brows and downward falled of the nose (Leonine face) " and she do remind us on hadith that Prophet Muhammad PBUH said to keep distance between you and leprosy's patient as you be far away from lion..and I had search about the hadith and found this..


 Nabi s.a.w bersabda :
فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد
Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa" ( Riwayat Al-Bukhari)
 

Hadith ini menguatkan lagi kenyataan bahawa Islam dan sains memang tidak boleh dipisahkan. Orang yang melihat sains dari perspektif Islam akan sentiasa menemukan kebesaran Allah dan keIzzahan Islam dalam kajian sainsnya..

waAllahu A3lam~


p/: Round Neuropsychiatry dah habis. Very interesting in both branch. Really neuro is interesting as mathematics. There is a formula that once you understand it very well you will know the consequence. Really admire all those neuro's doc.

but sad to say that many of this patient can't be cure. Make me think again what is the best specialist branch to choose if I had the oppurtunity to.. hoho

**the description bout the facies further discuss in dermatology;
Leprosy's patient face have thickened glistening skin of forehead, thickened nodular saddling ear lobes, depressed nose, loss of expression due to paresisin facial muscles, madarosis of eyelashes and eyebrows with nodular lesion on the face.
 

Tuesday, June 7, 2011

be good to others~

Di dalam sepotong ayat Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (Al-Qasas:77)

 salam alayk..

walaupun telah berulang kali ayat ini diulang,

1st sekali x silap, k.una yg share ayat ni mase tengah sakit hati giler2 dgn 'manusia itu'..
 pastu..
berkenalan dengan Amal, (kawan arab yg sgt baik)..
dia byk sgt tolong sy & kawan terutama bila nk dekat exam..
beliau akan berkongsi buku2, nota2 kuliah & tution
supaya saya dapat sebagaimana yg dia dapat..

and dia selalu cakap.."I want to help you as Allah help me"
thats the sentence that she keep tell me day and day..
"you can share with your other colleague anything that i give you"
"pray for me also for the exam, but if you don't pray ensha Allah, He will still help me"

lama dah x jmpe amal sejak end round exam general IM..

alhamdulillah...
sekarang tengah round Neuropsychiatry yng sangat interesting (branch of special IM)
Neurology mmg subjek yg besar & sangat memeningkan..
dr Khalid Rasyid in one of our round doctor..
doc yg sgt best!
he make the cranial nerves and some of neurology examination become easy and simple to us..
he once had said " I want benefit you as God help me"

thank you Allah for give me this opportunity to be around all these really good people!

Sunday, January 16, 2011

she, who really care~

salam alayk..

alhamdulillah~
selesai sudah round paed kami yg hampir 3 bln ni (16/10/10 - 12/1/11)
rasa cm x cukop je..skill lintang pukang lg..teori ntah ke mana..huhu~

spjg round ni, jelas terpampang pengorbanan besar seorang ibu..
yg jaga dan teman anak2 sepanjang-panjang dok kt wad, 
diuji dengan kesihatan anak2 sangatlah menuntut kekuatan yang maha besar..
lebih2 lagi jika anak tersebut masih bayi, kena cucuk sana-sini, 



banyak jugak penyakit yang tiada rawatan penyembuhan, sekadar mengurangkan derita penyakit je..
tidak kurang jugak kecacatan kekal samada dari dalam kandungan mahupun sebaik dilahirkan
juga rawatan yang memerlukan biaya tinggi mengatasi kemampuan keluarga si pesakit..

jom kita hayati lagu ini, dan melihat sebahagian kecil jasa ibu kepada anda & saya... ^_^



  
14. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).  
(surah Luqman)
  
15. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".                                                                                                          
(surah al-Ahqaf)

Friday, January 7, 2011

be healthy please~


salam alayk..

esok pre-xm end round pediatric..hoho
sat je rasa dah nak abis round..
suke sgt bila tengok sume patient improve tanpa sebarang komplikasi..

mcm budak shymaa' ni..
1st time jumpe nak buat physical examination, dok nangis..sian die..sakit~
tp, 2nd time and seterusnya sangat lah peramah orangnye,
orang tanya mama die pasal history, die la yang sebok bercerita..
siap dengan gaya2 sbb nak bagi kitorg paham..^_^
sampai mai masuk kelas kami ajak p duduk sembang dengan die kat dalam ward :)

with very talkative kid, shymaa' who previously suffered from left empyema
with mohamed, bkn pesakit kami, tapi sonok sembang ngn mama die,baye kami rupenye ^_^


tapi...
sedih kalao jumpe patient yang keadaan die makin teruk @sakit sebab rawatan..
macam mohamed yg lymphoma dulu..jmpe die masa dok depan bilik pesakit chemo..
die dah x de rambut ~ (kesan chemo)..
dah x nakal macam dulu..dengan kami pon die dah segan~ T_T

k, kids be healthy please~
we know you are strong~!

Saturday, January 1, 2011

wOw ~!!

salam alayk~
alhamdulillah semalam, satu lagi program mega yg dinamakn 'way of wisdom'
telah sempurna dengan jayanya~
dgn tema 3G 'GARNERING THE GARDEN OF GRANDEUR'

walaupun ini merupakan sebahagian program tahunan kami,
byk jgk yg dpt aku dapat dari program ini..

1st ly belajar medic kt mesir ni, mmg byk kekurangan
tp kalo nk list kelebihan pon boleh tahan byk nyer..
at last it depend on us on how to see every single thing as nothing or as a thing, rite?

point paling penting, as an egypt's medical student, aku kena kuatkan medical theory,
ye! as its the only thing to me to be at least have some confident
to face the horror internship world..huhu

and the second thing is to improve my fiqh perubatan ~!
its our bonus to dakwah peoples around us get more closer to Islam rite?
rezeki yg dtg jgn ditolak

because most of patient not only have the physical disease but also the Rohani ones..

Okay~!
so lets walk our talk as it will be ask 'there'..
ease my way Ya Allah~!

cyaiyokkk!!!
gambate ne~!

tgh carik kismis..biar kuat sket igtn utk hafal nombor2 yg byk yg amat ni~ adeh!
k.na x jadik plak teman p fatahalla..T_T  x pe lah, minum madu bleh kot ^_^