Welcome to my blog :)

rss

Thursday, April 26, 2012

antara DALIL dan AKAL

salam alaik..

dah lama blog ni tak di-update.
sibuk? malas? x de cerita? ntah lah..
alasan je semua tu. =D

warming up..
semenjak dua menjak berada di tahun akhir pengajian ni, isu-isu yang selalu menjadi perbincangan selalunya berkitar topik..........











kawen!

ya..

kawen!!

tak kira sembang dengan siapa,
adik2 junior..
 " Akak2 tu dah, akak bila lagi? "
 " Akak jangan buat macam k.A*** tau. senyap2 je. kecik hati kami nanti..:P"

kalau ngan kawan2 pulak,
 " eh, awak jangan ambil tarikh ni. nanti tak sempat saya nak pergi majlis awak."
" tarikh ni cantik kan? saya cop! jangan sape2 tiru."
 " ape perancangan masa depan awak? bila itu, ini ?"

nak buat macam mana, umur pun dah meningkat.
kalau yang dah kahwen pulak, topik perbincangn akan jadi perihal bait muslim, tarbiyatul aulad.. < pandai2 je =P>

tapi antara topik yang akan tersangkut termasuklah bab poligami
" perempuan tak kan ade yang suka di poligami, tapi lelaki suka.." kata seorang kawan sambil menapak nak ke department neuro-surgery. Betul ke?

Pendapat peribadi saya memang ya!
siapa yang nak di madukan. saya pon tak nak.
sudah semestinya lah kita nak diri kita kekal special buat suami kita. (eceh :P)

saya masih boleh terima kalau kata tak suka.
tapi ada kawan2 sampai mengharamkan apa yang Islam halalkan.
menuduh poligami hanya ada keburukan semata-mata.
saya tak setuju!

memanglah sebagai manusia, kita pasti ingin lakukan sesuatu mengikut apa yang sesuai dengan keinginan kita.
saya sendiri juga selalu melakukan perkara yang sama. manusia biasa.
hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang terkecuali.
ada firman Allah yang berbunyi..
   
dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi 
melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah Yang dibawanya), 
maka Syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; 
oleh itu, Allah segera menghapuskan apa Yang telah diganggu oleh Syaitan, 
kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya Dengan kukuhnya; 
dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
( al-Hajj : 52 )


saya pernah tersentak bila dengar tazkirah,
seorang ustaz pernah ingatkan,
" Dalam apa juga keadaan, letak dalil Allah kat depan, baru akal"  dush! dush!

 kebetulan masa tu, kami baru mesyuarat dengan hisbah untuk menyusun etika keselamatan.
dan saya antara yang banyak persoalkan releven etika-etika yang di bincang.
terasa seperti mengehadkan pergerakan akhawat pun ada.
tapi bila fikir balik,  kenapalah aku tak fikir hikmah di sebalik langkah berjaga-jaga yang Islam nak. cepat sangat nak protes itu, ini. sebab Islam nak jaga maruah dan harga diri wanita lah, Islam susun khas perihal musafir, dan keselamatan wanita lebih dari lelaki.

sama lah jugak dengan tajuk poligami.
memang kita (perempuan) tak suka, tapi bila bercakap, biarlah berlapik.
takde lah nampak macam kita tolak 100% apa yang Allah sendiri dah halalkan.

tajuk ni memang sensitif.
dan kalau saya cakap, "mesti ada hikmah Allah halalkan poligami."
laju je kawan balas, " tak pe, dia redha je."  "dia tak kisah pun.."
pandai2 je!!
bila pula saya tak kisah? redha? mungkin. tapi dalam terpaksa..

kita tak tahu takdir apa yang Allah dah susun untuk kita.
ntah hidup ke tak besok.  kahwin ke tidak, siapa pasangan kita, kekal ke tidak.
hanya Allah yang tahu

 kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) 
sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; 
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, 
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
 dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), 
sedang kamu tidak mengetahuinya.
( al-Baqarah : 216 )


sekadar pendapat peribadi. luahan perasaan mungkin.
tak de mood nak sembang dengan orang hari ni sebab puasa. hehe.
nasib lah. ade jugak modal nak tulis blog :P

**:: Allah knows better. We know nothing. ::**



0 comments: