Welcome to my blog :)

rss

Friday, July 8, 2011

psyche dan kuasa ajaib~

salam alaiyk..

alhamdulillah..kami baru menamatkan round neuropsychiatry kami (25.06.11)
psychiatry best !
banyak cerita-cerita yang menarik minat saya dalam psychiatry ini antaranya..
sebab dapat lihat kekuatan kuasa yang tak dapat dilihat dengan mata kasar,
namun kesannya membuktikan kewujudannya..
iaitu psyche atau sebutan inggerisnya 'mind' atau bahasa melayu dipanggil 'minda atau jiwa'..
sampai satu saat bila orang itu tak dapat mengawal minda dia, minda dia yang mengawal dia..
(huhu..paham ke?)

subhanallah~
macam yang doc kami pernah cerita dalam kelas, contohnya pesakit hysteria..
pada masa dia baru lagi menjadi resident di salah sebuah hospital di kaherah,
seorang askar dikejarkan ke hospital tempat dia betrugas.
askar tersebut tiba-tiba lumpuh, tak boleh nak gerakkan kaki..
bila buat investigation semua...bla..bla...
askar tersebut mengalami tekanan yang hebat kerana pada masa itu,
tak silap ketika itu adalah peperangan besar antara mesir-israel 1973. (sittah oktober)
akhirnya askar tersebut didiagnos sebagai hysteric paraplegia (lumpuh disebabkan hysteria)
sedangkan askar tu sendiri tak sedar yang badan dia lumpuh tiba-tiba disebabkan hysteria..
dia sendiri bersyukur disebabkan penyakit lumpuh yang tiba-tiba itu..
tak perlulah dia nak fikir-fikir lagi macam mana untuk tarik diri dari menyertai peperangan tersebut..
(badan dia tolong keluarkan dia dari masalah..macam tu la lebih kurang)

hebat x kuasa yang invisible ini?
subhanallah~

lagi satu sorang prof pernah bincang kes berkenaan pesakit schizophrenia.
bezanya pesakit schizo ini dengan depression atau mania adalah..
mood dia tak infectious (tak mempengaruhi orang sekelilingnya)..

seriously, kalau anda bercakap dengan orang depress, anda akan turut depress seperti dia..
tanya banyak-banyak dia jawab sepatah. (tu pon kalo dia nak jawab!)
kita tumpukan sepenuh perhatian kat dia nak tolong dia, nak tanya apa masalah dia..
muka kita pun dia x nak tengok
pastu buat gaya..
dah dah la tu doc tanya..sy tension ni!! (cam tu lah lebih kurang) +_+

kalo bercakap dengan orang mania lain pulak kisahnya.
kita baru tanya satu soalan, dia cakap macam tak mao berhenti..
gaya dia yang sangat ceria, sampai doc pon tergelak-gelak.
rasanya kalau doc tu sedang dalam masalah pun boleh lupakan sekejap masalah tu.
very talkative, very ambitious, very positive thinking, very neat & tidy (on their way)
kita yang baru pertama kali jumpa pun tak rasa kekok bersembang dengan dia.. ^_^

kita boleh lihat bagaimana terkesannya infectiousnya (istilah buku) seseorang dengan mood pesakit-pesakit tersebut.
ini juga disebabkan kedua-dua emotion (apa yang dia rasa) dan thought (apa yang dia fikir) adalah seiring (congruant)

berbeza pulak kalau kita berbual dengan pesakit schizophrenia..
kalau dia senyum kepada kita, senyum dia adalah dibuat-buat (silly smile)
(macamsenyum terpaksa, senyum tak ikhlas la lebih kurang)
kita bukan gelak bersama pesakit, tetapi gelak kerana ketidak warasan pesakit itu.
apa yang terzahir dari dia bukan dari hatinya (not from his heart)..
dan ada yang banyak bercerita, tapi ceritanya langsung tak masuk akal..
dan menampakkan lagi ketidak-warasan dia..


teringat..
pernah dengar tazkirah seorang ust ni, dia cakap..
pada era yang sangat canggih ni,
dengan semua benda boleh dipindahkan dengan mudah

infra red..
bluetooth..
email..
dan sebagainya..

orang yang beribu batu jauhnya pun boleh mendapat maklumat yang sama sekelip mata,
dengan keupayaan manusia yang terbatas pun mampu cipta semua alatan ini
tak kan lah iman yang Allah campak dalam hati-hati kita tak mampu nak tersebar untuk mempengaruhi orang lain.
kalau memang kita niat nak berdakwah ikhlas kerana Allah Ta'ala..
tak kan lah iman melonjak tinggi seseorang tu tak mampu nak memberi kesan kat orang sekeliling dia..
tak kan lah tak de langsung hubungan yang dapat mengantar isyarat iman tersebut kepada orang lain..

jadi, tak rugi pun sebarang usaha dakwah kalian..
sebenarnya orang tu sendiri dah terkesan dengan apa yang korang cuba sampaikan,
akhlak nabi yang cuba korang tonjolkan..
hati dia dah tergerak, tapi mungkin perlukan sedikit push lagi,
ataupun perlukan masa untuk yakinkan diri tentang yang jalan yang lurus yang baru dia jumpa..

satu lagi kuasa yang sangat power adalah kuasa do'a
berdoa'lah~
mintalah kepada Dia, pemilik hati saya, hati anda, dan hati mereka..
agar hati yang gersang itu basah dengan kebesaran Allah~
agar akhirnya, dai'e yang kita dakwahkan itu mampu membawa Islam ke tahap yang kita sendiri tak mampu..

..agar nanti ada penyambung rantai-rantai dakwah ini~
Kemenangan untuk perjuangan ISLAM itu jelas dan nyata, kita hanyalah penyambung mata rantai perjuangan, kita bukan pemula dan bukan juga penamat. kita hanya sebahagian.
Sekiranya pahala ganjaran itu kelihatan, pasti berpusu pusu manusia yang ingin melibatkan diri dalam perjuangan ini,

kita hendaklah mempercayai perkara perkara ghaib seperti yang tertera dalam
surah Al Baqarah:
" Iaitu orang orang yang beriman kepada perkara perkara ghaib. Al Baqarah, ayat 3"



'in politic, everyone is potential to be enemy,
but in dakwah, everyone is potential to be Muslim'

*p/s: dicopy paste dari kelas di kuliah, tazkirah yang ust bagi, blog yang dibaca..
moga perkongsian ini ada manfaat~ ^_^

waAllahu a'lam..

0 comments: