Welcome to my blog :)

rss

Sunday, July 24, 2011

juz reminder in case i forget..

Bismillah~

salam alayk~

alhamdulillah kami telah berjaya menghabiskn satu minggu round cardiology yang padat yang amat!
Dalam masa satu minggu, kelas everyday 7-8 hours straight (compared to dermato round only about 3 hours only) rindu dermato T_t
+ assignment + 5 cases (we suppose to take) = end round exam yang sgt menyedihkn T_Y

next week = esok bermula round baru, chest
may be tak banyak berbeza dengan cardio..sebab kelas akan berjalan 7-8 and half hours straight..
mari bermujahadah menuju syurga Allah~
may Allah strengthen us!

cerita di atas tiada kaitan dengan tajuk..
sekadar muqaddimah yang tiada tujuan..hehe

di sini saya ingin mencoretkan cebisan input yang saya peroleh dari salah satu program tarbiyah yang pernah saya ikuti sebelum ini..
serius~!
saya terasa sangat dengan kata-kata seorang adeq ini..

...dengan tutur kata yang lancar dan jelas, dia memberi tazkirah buat kami pada pagi itu..
suasana solat berjemaah pagi itu benar-benar mendamaikan..
dipayungi awan betul-betul di tempat kami berjemaah..
adeq ini mula menjentik hati kecil saya bila dia mula menyentuh perihal tv dan hati..

kita semua pernah diberitahu bahawa tv merupakan agen yahudi melalaikan umat Islam, bla..bla..bla..
tetapi kita, spesifiknya saya.. buat-buat tak dengar dan pekakkan telinga.
saya antara orang yang paling ketagih mungkin, penonton drama korea, movie dan sebagainya..
rasa tak lengkap hari tanpa satu episod movie..
walaupun ramai kawan-kawan mengutuk drama korea (kerana lebih banyak fantasi dari realiti, panjang sangat episod, jalan cerita yang hampir sama, pasti ada heroin dan hero-hero yang hensem ^_^) ..bla..bla..bla

saya pekakkan telinga sebab saya tengok cerita untuk release tension bukannya untuk menilai value cerita tersebut..
menggunakan alasan "tak pe, sambil makan sambil tengok tv, x buang masa, cuma nak release tension"

adeq ni menceritakan sendiri kisah tv dan pengaruhnya terhadap dia..
dia merupakan salah seorang yang istiqomah mengambil sanad tahsin al-Quran dari seorang Syeikh Al-Quran..
setiap hari dia akan membaca 1 juzu' al-Quran untuk diperbetulkan bacaan di hadapan sheikh..
sebagaimana mereka yang pernah mengaji dengan arab, mereka sangat sensitif dengan kesalahan makhraj dan kesalahan yang kita (orang melayu) tak perasan..
hari-harinya diteruskan sehinggalah satu hari dia berazam keesokan harinya, dia nak cuba habiskan 2 juzu' dihadapan sheikh tersebut..
pada hari sebelumnya jadualnya sangat padat..
apabila sampai dirumah..
dia berfikir " penatnya, malam ni rasa nak rileks je.."
sedang dia melalui bilik sahabatnya, dia tengok, sahabatnya sedang menonton cerekarama..
dia datang, untuk menumpang sekaki sambil berehat di ribaannya sahabatnya..

keesokannya rutin harian diteruskan..
apabila tiba saat dia memperdengarkan bacaannya dihadapan sheikh tersebut,
bacaannya tersekat-tersekat, dia tak berjaya nak habiskan satu juzu' pun hari itu..
sheikh tersebut memarahinya dengan suara yang lantang..
dan terkeluar dari mulut sheikh itu, "saya tak pernah jumpa, orang yang teruk bacaan Qurannya dari awak!!!"
dia menangis...
bukan kerana dimarahi sheikh, tetapi sedih sebab bacaannya tersekat-sekat..
puas dia fikir, kenapa bacaan dia hari ini sangat teruk..
apa lah yang dia buat sampai Allah tahan lidah dia..
apabila pulang, dia terfikir yang malam sebelum dia mengaji itu, dia menonton cerita..
cerita melayu je pon, bukan movie omputih yang penuh adegan-adegan 'itu'..

dia mengakhiri ceritanya dengan kata-kata..
hati yang bersih (mempelajari al-Quran) tak dapat menerima bersama lagha dunia..

..kesimpulannya, fikirlah sendiri
saya sendiri tak mampu lagi jadi seperti dia..
mungkin akan mula untuk belajar berpuasa movie seiring dengan ketibaan Ramadhan ini..
Allah, bantu aku untuk istiqomah bermujahadah..(aku x kuat T_T)

# countdown : 8 hari lagi nak tetamu VIP kita, RAMADHAN akan menemui kita..
  (8 hari lagi jugak end round chest akan menyusul, sahhilni Ya Rabb!!)

0 comments: