Welcome to my blog :)

rss

Friday, November 19, 2010

Disebalik kelahiran tokoh itu...

alhamdulillah~
baru selesai membaca novel Imam Syafie karya Abdul Latip Talib.

Sangat banyak mutiara dalam karya beliau untuk dikutip. 
di awal pembacaan, saya amat tertarik dengan didikan yang diberikan oleh ibu Imam Syafie.
Sungguh~! 
kehebatan seorang tokoh itu dipengaruhi oleh hebatnya asuhan ibunya. !!

Masih lagi dalam mood eid adha..
dimana 'pengorbanan' merupakan the main subject now~
ketika pengajian QaF (Qurban and Feqh) tempoh hari,
seakan baru  terfikir perkaitannya.

Ust Muhammad Noorazam (tuan penceramah)
me'refresh' kembali kata-kata Nabi Ismail kepada ayahnya saat Nabi Ibrahim menyampaikan mimpi beliau kepada anaknya,
'Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" (QS. ash-Shaffat: 102)

... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah." jelas Ibrahim.
"Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." jawab Siti Hajar mantap.

see the similarity between those great answer?

mari kita selami pula petikan dari buku yang saya baca pula.
Sungguh saya kagum pada kamu~! 
ibu tokoh terbilang !!

Setiap kali selepas sembahyang, Ummu Habibah al-Uzdiyyah berdoa semoga anaknya dikurniakan kecerdasan akal supaya mudah menghafal ayat-ayat suci Quran. Doa si ibu dimakbulkan Tuhan.

Apabila ditanya oleh jiran tetangga tentang rahsia mendidik anak sehingga luar biasa ingatannya, beliau menjawab.."Saya sentiasa mendoakan kebaikan untuknya. Makan dan minumnya saya pastikan daripada sumber yang halal. Saya tidak pernah memarahinya apatah lagi mengucapkan kata-kata yang tidak baik padanya. Kerana kata-kata ibu itu adalah doa. Sekiranya dia melakukan kesalahan, saya didik dia dengan nasihat dan tunjuk ajar."

Setelah mempelajari ilmu Quran dan Hadith, Imam Syafie mempelajari pula ilmu mengarang syair dengan  Mus’ab bin Zubair (seorang penyair terkenal) .  Apabila Imam Syafie berjaya mengarang serangkap puisi, beliau memujinya. Imam Syafie ingin berkongsi kegembiraan bersama ibunya. Ketika tiba di rumah, ibunya berada di dapur. Pintu rumah tertutup. Dengan tidak sabar, Imam Syafie mengetuk pintu dengan kuat sambil memanggil nama ibunya menyuruh membuka pintu. Ummu Habibah berasa agak tersinggung lalu berkata, “Beginikah pekerti kamu selepas menjadi seorang penyair? Sesungguhnya ilmu itu menjadikan kamu sombong. Lebih baik kamu pergi memnuntut ilmu agama hingga budi pekerti kamu menjadi baik.” Marah Ummu Habibah al-Uzdiyyah.

Sebelum melanjutkan pengajian kepada ilmu feqah, beliau meminya izin dari gurunya untuk pulang bertemu ibunya. Beliau diberi tiga hari cuti. Tiba dirumah, pintu tertutup. Dia member salam namun tiada jawapan. Setelah mengulangi salam sebanyak tiga kali, dia duduk di muka pintu hingga terlena kepenatan. Seusai Ummu Habibah al-Uzdiyyah solat, dia terperanjat melihat Imam Syafie lena di luar. “Maafkan ibu kerana sedang sembahyang tasbih tadi. Masuk dan berehatlah di dalam. Kamu pasti kepenatan.” “Tadi saya berasa penat dan mengantuk. Tetapi selepas bertemu ibu, rasa penat dan mengantuk itu hilang.” Ummu Habibah al-Uzdiyyah tersenyum gembira mendengar kata-kata anaknya lalu berkata. “Sesungguhnya ilmu al-Quran dan hadith yang kamu peljari itu dapat membentuk dirimu menjadi anak yang soleh.” 
"Anakku, tiga hari kamu berada di rumahini adalah terlalu lama. Kerana itu lebih baik kamu pendekkan cutimu dan pergilah segera mempelajari ilmu feqah,” Imam Syafie akur dan memendekkan cutinya lalu kembali kepada gurunya.

Suatu pagi, Ummu Habibah al-Uzdiyyah mengemas rumah. Dia mendapati bilik Imam Syafie dipenuhi dengan timbunan tulang, kulit kayu, pelepah tamar dan kertas lusuh. Dia berasa tidak senang melihatnya. “Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman. Kenapa bilikmu bersepah dengan sampah sarap? Kata Ummu Habibah al-Uzdiyyah. Sedangkan semua itu adalah bahan yang digunakan oleh Imam syafie untuk mencatat ilmu lantaran kemiskinan mereka. Ibunya menyambung, “Ilmu yang kamu pelajari itu sepatutnya disimpan dalam ingatan, bukannya di dalam bilik tidur,”

Saat Imam Syafie berhajat menuntut ilmu dengan imam Malik di Kota Madinah (Beliau dan ibunya tinggal di Kota Mekah). Ummu Habibah al-Uzdiyyah menguatkan hati Imam SYafie dengan berkata, “Ibu berbesar hati menghantar kamu ke medan jihad ilmu, kerana ibu yakin hidup kita bukan semata-mata untuk diri tetapi kita juga punya amanah yang perlu dilangsaikan buat masyarakat.” 
“Usah risau mengenai ibu, suatu masa nanti kita akan ditinggalkan sendirian untuk bertemu Allah, samada ibu yang meninggalkan kamu ataupun kamu yang menginggalkan ibu terlebih dahulu. Lagipun anakanda hanya sekadar pinjaman Allah buat ibu.” Jawab Ummu Habibah al-Uzdiyyah penuh hikmah.

Sambil mengusap lembut anaknya, Ummu Habibah al-Uzdiyyah berkata, "Ibu tidak mampu memberikan kamu harta dan barangan mewah, hanya ilmu yang mampu ibu berikan sebagai harta. Pergilah ke mana yang kamu mahukan untuk menuntut ilmu kerana ibu yakin, dengan ilmu kamu akan terselamat dari tipu daya dunia,”

“Pergilah, kamu punya amanah yang besar untuk islam dan seluruh ummah,” jelas Ummu Habibah al-Uzdiyyah dengan tegas.

* moga kisah ini dapat memotivasikan diri ini untuk menjadi yang terbaik~! ^~^

0 comments: