Welcome to my blog :)

rss

Friday, October 29, 2010

Ukhuwah ini~

Taburkan Jasa Semaikan Budi

Album : Kalimah Cinta
Munsyid : In-Team, Unic, Aeman
http://liriknasyid.com


Taburkan Jasa Dan Semaikan Budi

Pengalaman silam mengajar erti hidup
amat payah untuk kita harungi
mengapa masih ada diantara kita
persengketaan.....

Perjalanan waktu sering menghambat kita
kian hampir pada titik hujungnya
tak perlu ragu-ragu untuk tegakkan tugu
kemerdekaan....

Segala-galanya kini telah disediakan
tuk kita teruskan bersama
jangan biarkan musuh merapatinya
hancurkan kedamaian kita
Selagi kita mampu pertahankan
maruah agama bangsa dan negara
selagi itulah kita kan bersatu
disitu letak kunci kejayaan kita bersama

Taburkan jasa dan semaikan budi
jadilah kita warga yang berbakti
tiup semangat cintakan negara
demi pewaris bangsa anak-anak generasi kita
Duhai bangsaku marilah kita kekalkan kamajuan dan perpaduan
Demi bangsa agama dan juga tanah air tercinta......... 
 
 
sedih lihat tanta hari ini..
bibit2 perpecahan mula menampakkan tariannya..
adeq2 mula tidak mengenali senior, begitu juga sebaliknya..
walhal duduk dalam komuniti kecil,
berulang-alik ke kuliah dengan jalan yang sama,
berkongsi bangunan kuliah tibb yang sama,
membeli barang dapur di pasar yang sama,
membeli junk food di kedai baba yang sama...
 
masing2 mula membina prasangka..
"akak ni kakak pct ke?"
soalan yang tidak disangka..
"akak pelajar perubatan tahun lima.." jawabnya dengan senyuman mesra

di kelas..
"kenapa x jawab, ade ke kakak lain selain dari akk pct kt sini?" 
soal rakan yang mendengar ceritanya..

kesian adik2, mereka masih baru di sini..
dipergunakan oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu..
membina jarak dengan ahli tanta yang lain..
 
dulu2...
kalau orang lihat ahli pct, ( akhawat khususnya )
ada yang gelarkan kami asobiyah..
suka bersama dengan ahli sendiri sahaja..
kemana saja kami pergi orang kenal..
sape yang suka buat havoc kat arma, sinai, bahariya..
hakikatnya, inilah adik beradik kami di sini..
dengan siapa lagi kami berkasih sayang kalau bukan adik beradik ini kan?
rindu dengan suasana itu..
 
alhamdulillah~
syukur dipanjatkan ke hadrat-Mu..
program ziarah yg dianjurkan oleh pct sedikit sebanyak merapatkan sedikit jarak yang dibina..
moga ukhuwah ini kekal ke syurga..
ameen~
 





0 comments: