Welcome to my blog :)

rss

Sunday, May 23, 2010

Tegor!


bismiLlah..

saat menulis entri ini, sbnarnya, diri sedang dalam keadaan serba salah..
aku x kuat utk menegur org..
apatah lg, org itu punya ilmu, umur lebih dari aku sendiri yg masih terkapai2
mcari identiti yg ingin dipegang kemas!


sy tao sy x perfect, dan takkan perfect! Allah!
tp,

"KALO SY X TEGOR, SY TAKUT ALLAH PERSOALKN KT AKHIRAT NNTI..
KALO SY TEGOR, SY TAKUT ALLAH UJI SY PULA KT DUNIA NI"!!

Sungguh aku takut dgn kedua2nya itu!


suke dgn kata2 satu blog ni..

Islam itu agama yang indah. Nak menegur kesilapan orang pun ada caranya dan perlu berhikmah. Ingat, bila Islam diperjuangkan secara kasar dan tidak berakhlak, ia laksana kita menghidangkan makanan yang enak kepada tetamu tetapi diberi dengan melempar. Jadi, tegurlah seseorang dengan penuh hikmah.. Biarlah kita berbicara sedikit, tetapi, apabila sesekali kita berbicara, kata-kata kita itu diingat orang..."

tp, masih tcari2 apakah cara yg berhikmah itu,
dan bagaimana utk peroleh kekuatan itu..

cara menegur (jmpe time surf Macam Mana Nak Tegur Secara Berhikmah?)

bismillah

kenal dulu orang yang nak ditegur.
kalau dia jenis yang orang kata 'sempoi'.. tegurlah dengan cara tu juga.
kalau dia jenis yang suka berdebat, patahkan dia punya bahas tu.
kalau dia jenis yang suka gedik-gedik.. haaa.. jangan ikut gedik sama. tapi jangan keras sangat.

senang cerita, gunakan pendekatan yang berbeza untuk orang yang berbeza.

gunakan kata-kata yang lembut dan meyakinkan. kalau cakap lemah-gemalai, sah-sah orang ambil, jolok telinga kanan sampai keluar telinga kiri. jadikan apa yang mahu disampaikan tu, meyakinkan supaya dia terfikir pasal point yang anta tegur.

jangan pula nak cakap kasar-kasar.
contoh.
weh, asal ko buat cam tu? ko tak tahu dosa ke?

confirm orang tak nak dengar..
confirm juga, ada orang cakap cam ni. 'macam lah dia tu baik sangat..'
lepas tu, confirm juga! tak ada siapa nak dengar kalau anta menegur..

tukar jadi macam ni.
1. buat intro. contoh, tanya khabar. atau tanya apa yang berlaku. jadi busybody kadang-kadang ok juga sebenarnya..
2. tunjuk ilmu yang ada pada orang yang ditegur. jangan over. sikit-sikit sudaa
3. jangan lah nak tunjuk sangat yang kamu ni nak tegur dia. dah tunggu rapat betul baru tegur terang-terang.
4. nak tegur, kalau boleh, jangan depan orang. walaupun depan orang yang paling baik di dunia. dia tahu malu juga. jaga maruah.
5. jangan tegur sekali. tapi jangan juga ungkit salah dia. ingatkan tapi bukan dalam skop mengungkit.

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=78&thread_id=21636&rowstart=30

ttg hukum menegur...

assalamualaikum ustaz,

saya mahu tanye bila kite tegor orang yang buat salah adakah kite telah terlepas daripada tanggungjawab seperti orang tu dok tutup aurat tolong jelaskan

---------------------------------------------------------

w.salam

Perkara ini kena lihat kepada siapakah yang kita tegur itu. Jika mereka adalah orang yang bukan bawah tanggungan kita seperti kawan2 dan atau orang ramai maka hukum menegur kesalahannya itu adalah fardu kifayah. Jika mereka tidak endah dengan teguran kita, maka terlepaslah tanggung jawab kita menegur mereka kerana kewajipan tersebut akan di teruskan oleh orang lain pula.

Dan jika mereka itu adalah orang yang dibawah tanggungan kita seperti anak dan isteri kita maka menegur kesalahan mereka adalah fardu ain.

Maka anak isteri yang masih meneruskan perbuatan dosa seperti membuka aurat walau pun sudah diberi teguran tetap wajib atas kita menegur mereka itu sampai mereka menutup aurat dengan sempurna.

wallahua'lam

http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/hukum-tegur-orang.html


p/s: Susah jgk nk tegur org kalo x pandai patahkan hujah org b'agama ni..alahai~

Tipu Daya Iblis: Memperindahkan Perkara Mungkar.

Apabila syaitan diusir dari langit, ia berjanji:

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,

(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan

(segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,

dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

[al-Hijr 15:39]

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Tipudaya/keempat.htm


0 comments: