Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, December 16, 2009

Pengajaran dari kisah Nabi Musa - Bani Israel

Nabi Musa AS memimpin Bani Israel ke arah tanah suci dan berkata kepada mereka :


21. (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) Yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".

namun mereka tetap memilih kemurtadan dan berpaling dari jalan yg benar..

22. mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".

24. mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua. sesungguhnya kami di sinilah duduk menunggu".

Bani Israel tidak mahu kedaulatan, kebanggaan atau tanah yg dijanjikankerana hal tersebut menutut mereka untuk memerangi orang2 yg terlalu perkasa. Itulah perjalann terakhir Nabi Musa AS, kerja keras yg luar biasa utk mengharungi perjalann yg jauh & perkara memalukn yg berlanjutan, malapetaka & penyelewengn yg dilakukn oleh Bani Israel

25. Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya Aku tidak dapat Menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara Kami Dengan kaum Yang fasik itu".

26. Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau Dengan bingungnya (di sepanjang masa Yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah Engkau berdukacita terhadap kaum Yang fasik itu". ( Surah al-Maidah)

~petikan zionisme :orde barat menghancurkn islam by hj mohd hanif hj ismail~

tersentak tatkala membaca petikan diatas.. Nabi Musa diuji dgn ujian yg sgt dahsyat, & terpaksa berhadapan dengan Bani Israel yg ngade2..namun Baginda tetap teguh di atas jalan Allah..mmg luar biasa perjuangan Rasul ulul 3azmi ini..

sepertinya Allah ign membuat p'bandingn p'bezaan keadaan Nabi Musa dan diriku saat ini..

huhu..baru diuji dgn perangai manusia yg pelbgi ragam ini sudah mengeluh, tension, rasa lemah & nk berputus asa..Allah nk bg aku jadi hamba yg kuat!

insya allah aku mampu utk buat tugasan yg berat dgn sokongn penuh sahabat2 sekeliling tp, aku surrender utk buat kerja yg mudah namun dibebani dgn kecerewetan & ketidak seriusan org org sekeliling..

Syukrillah~ terasa sentiasa dlm pemerhatian Allah..

huhu..w/pun rasa byk hak Allah masih tidak tertunai..

0 comments: