Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, November 17, 2009

kenangan ramadhan lalu~

Air Lemonade di Bulan Ramadhan

Saturday, October 31, 2009

Di atas permintaan kak Najah, saya memulakan kisah ini..
Pada satu petang yang damai, sedang fazilah berbaring kerana kepenatan, Kokna datang ke bilik fazilah, bertanyakan tentang rancangan Fazilah yang hendak membuat air limau nipis. Kokna menawarkan diri dia untuk membuat air tersebut. Namun, memandangkan saya terasa tertarik untuk membuat air tersebut,saya terus mengoffer diri saya. Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa tiba2 rajin sangat sedangkan saya sendiri masih mabuk perjalanan dari Tanta ke Cairo dan berulang semula ke Tanta dalam satu hari. Saya pun ke dapur, mencuci semua limau nipis yang ada. Sebenarnya yang menghairankan adalah, limau2 itu semua diblend tanpa membuang kulit2nya, termasuk lapisan kedua limau yang berwarna putih ( warna putih buah limau menghasilkan rasa yang kelat). Hah, salah siapa yang suruh blend semua lapisan limau!Cepat MENGAKU!
“Eh, betul kah ney sedap??” Saya bertanya agak ragu2 sebelum masuk ke dapur.
“Ya, Fhana sedap! Dah pernah rasa dah.”Fazilah dengan confidence menjwab persoalan saya.
Rasa di kedai A’shir barangkali. Saya pun tanpa berlengah masuk ke dapur dan memulakan eksperimen saya.
Mula, potong 14 biji buah limau nipis2 tanpa membuang kulit. Kemudian, blend semuanya dengan 7 atau lebih gula. Blend sampai sebati. Rasanya?? Buka puasa baru tahu rasanya nanti.
Nak jadikan cerita, saya tidak pergi ke MaidaturRahman. Kokna dengan bangganya berkata kepada semua yang hadir berbuka puasa di sana:
“Siapa nak minum Lemonade yang sedap jum datang rumah saya.”
Muna menyahut:
“Saya nak kokna,saya nak!!(baca dengan nada excited)”
Mereka pun melangkah menuju ke rumah. Kebetulan saya tertidur.Jadi saya merupakan orang yang terakhir yang akan merasa air tersebut. Ahli Bet Kokna kepingin benar namapknya mahu minum air Limau Nipis. Fazilah dengan pantas menghidangkan air itu kepada tetamu yang datang hanya untuk merasa air yang saya buat. Saya masih tidur waktu itu gara2 mabuk perjalanan saya masih belum hilang.bau Nampak menyelerakan. Penuh satu gelas untuk setiap orang. Mereka minum, namun setelah air tersebut mengaktifkan tunas rasa, tangan mula berhenti dari meneguk.
“Jangan habiskan.Saya pun nak juga!” Kokna berpesan pada semua.
“Ok, Kokna ,” sahut mereka perlahan.
Semua berhenti minum dan segera bersiap Solat Tarawikh. Selesai Solat Tarawikh, saya orang yang paling excited mahu rasa air tersebut.
“Ei, kenapa penuh satu jug?” Saya kehairanan, huhu, bagusnya mereka, nilai ukhuwah yang sangat tinggi...lol.
Saya meneguk air yang mempunyai aroma citrus yang sangat menyelerakan itu- Alamak! Saya dengan perlahan meletakkan gelas dan ketawa, diikuti dengan yang lain. Haha..
Air Lemonade tu KELAT!!!!!!!..huhu. Patutlah semua macam baik je tinggalkan saya satu JUG. T_T..

# copy dr blog farhana..hik hik tergelak bile teringat balik

0 comments: