Welcome to my blog :)

rss

Friday, March 19, 2010

sedey ...sc ku yg x effective~ T_T

Assalamualaikum..

Saya minah(bukan nama sebenar).. saya nak tanya pendapat awak.. usrah yang kami buat kurang bergerak disebabkan tidak mendapat sambutan.. mungkin salah satu faktor ialah sebilangan dari kami sekolah biasa2 ja, bukan dari sekolah agama.. jadi pengetahuan agama kami agak cetek dan mungkin pengisian kami agak lemah.. jadi, saya nak tanya pendapat awak macammana kami patut lakukan nak mantapkan usrah kami.. macammana kami nak tarik junior join usrah? (http://www.akademimuslim.com/forum/index.php?5.0)

huhu..rase cm masalah aku same je cam masalah minah ni..adoiyai~
bezanya, aku ade dikurniakan sedikit kelebihan..(5 tahun bersekolah agama)
tensen gk rase stiap kali nk sc..adeq2 sori sgt2!


alhamdulillah ahad lps ade kursus tmbahan utk naqibaat~..
btullah ape yg husna ckp, 1st thing to do is tighten your ukhuwah!
adess..mende ni paling paayah dlm idop aku..
jenis yg malas nk amik tahu lebeh2 psl dorg..


ade respond psl soalan minah kt atas tu yg menyentak fikiran sy...

pada saya, 'minah' perlu ikut rukun usrah

1. at-ta'aruf (mengenali) !
[naqibah/naqib perlulah kenal benar anak-anak usrah. kumpulan usrah juga tidak perlu terlalu besar kerana akan menyebabkan naqibah/naqib terlepas pandang terhadap sesetengah anak usrah]

2. at-tafahum(memahami)
setiap ahli usrah perlu memahami antara satu sama lain. faham kegemaran dah kebencian. faham latar belakang keluarga. bagaimana tahap pengetahuan terhadap Islam dll.

3. at-takaful(membantu)
pernah dengar erti kawan ialah menyusahkan satu sama lain? huhu jika kita bersedia menerima bantuan dan sedia memberi bantuan barulah terjalinnya ukhwah yang utuh. akan jadi saling rindu-merindui dikala berpisah dan pandang memandang dikala bertemu...cheewah [yg muhrim jer]


Setiap orang ada tahap-tahap 'keilmuannya' jadi tak boleh gunakan cara yang sama dengan semua anak usrah.

saya juga stuju bahawa untuk mendapat kan 2 yang pertama daripada rukun usrah melalui rehlah.

respond lain yg menarik..

minah..minah..mula2 bersyukurlah..sbb still usrah gak..cume kurang bergerak jer..minah kena ingat yer..mula2 tlg buang persepsi minah yg melemahkan motivasi minah itu sendiri iaitu kata latar belakang minah yg bkn skola agama..ana berpendapat yer..mungkin ketika ta'aruf tu..minah ada cite psl skola minah then maybe ada ckp.."sy xde la terel sgt"..jd..buangkn dulu persepsi minah tu..sbb skrg ni kite buat kerja "gila"..jd kita tak boleh jd org biase2 lg..

jd minah yer..apa yg minah kena buat utk mantapkan usrah minah..adalah minah sendiri perlu rasa ghairah terhadap setiap anak usrah tu..supaya terasa sgt rindu jika dia xdtg2 usrah..jd mcmana..bina ukhuwwah tu spt seorg ibu melayan anak..jika anak rasa bosan dgn ibunya..mungkin sbb leteran ker atau ape2 ar..ibu tu tetap memasak bg anak2nya mkn..klo anak xnk mkn..ibu masih lagi basuh bajunya ataupun tetap bg letrik lalu pd bilik anak tu..kasih kita perlu dicurahkan securah-curahnya..

ana nk bawa satu cerita yg agak merepek..tp kite bole amik pengajaran kot..cuba bayangkan sebuah keluarga yg tidak hepi..parents pegi keja..anak2 pegi skola..balik..mandi..makan..tido..lpstu berulang perkara yg sama setiap hari..tiba2 ibu terasa..keluarganya xhepi..jd..apa ibu tu cuba nk menghepikkn familynya?ibu tu ada byk opsyen..sbb ape?dia masih lagi seorang ibu dan anak2nya tetap anak2nya..melainkan tibe2 ade ibu tiri dan anak2 pun pergi ke ibu tiri..haa..tu xleh nk buat ape la..

apa opsyen ibu tu?mcm2 dia bole buat utk hepikn family..antaranya masak mknn yg teramat sgt sedap melampau2..sedang hendak menikmati mknn yg teramat sgt sedap melampau2 itu..tibe2 mrk bertanya.."knape msk sedap sgt ni?"..ibu jwb.."sbb nk bg to my family mknn yg sedap2"..mrk bls lagi.."tp knapa tibe2?"..ibu pun jwb.."ntahla..nak mampus agaknyer..hahaha!!"..yg laen pun gelak sbb cara ibunya gelak yg agak kelakar..akhirnya dia capai objektifnya utk menghepikn family nyer..dia pun gembira..jd dia pun dpt idea..dia mesti guna opsyen lain pula utk menghepikn familynya..

thanks to huda sbb x putus2 bg aku smngt utk mbaiki kualiti sc ku..
bg idea mceriakn sc, bg cntoh2 sc die (sgt jeles dgn sc die, sbb tgk ukhuwah adeq2 die kuat)
bg pnjm buku games utk sc..huhu..byk lg~

ya! solusinya sudah ada! tinggal lg utk realisasi kannya!

ALLAH! bantu aku! hamba yg lemah ini m'harap pertolnganmu~


Wednesday, March 10, 2010

pHARAMan ARAK scr b'peringkat~

alhamdulillah..
td da abis xm end round forensic & toxic..
suke sgt round ni, sbb major doc yg ngajar akn kaitkn tajuk yg depa ajar dgn ayat Quran~

minggu lps..
doc Ahmad Abd Raof gave us lecture on drug dependence.. alcohol! @ Arak!

ARAK dalam bahasa Arab ia disebut al-khamr, bermaksud menutup.
Menutup itu mengambil sifat khamr itu yang menghilangkan kewarasan akal peminum arak (mabuk), menjadikan si peminum terlena dan tidak sedarkan diri.

antara sbb scientificnya, arak have many effect on frontal lobe!

Frontal lobe: The part of each hemisphere of the brain located behind the forehead that serves to regulate and mediate the higher intellectual functions. The frontal lobes have intricate connections to other areas of the brain. In the frontal lobes, we meld emotions, cognition, error detection, volition, a sense of self, and more to create our social brain.

lead to...
> exxagerated mood, loss of shyness --> can do anything bcoz you have lost your shyness!
> defective jugment--> they can not jugde what they do is right or not!
> depression of mental-brake --> abnormal behaviour

yg menariknya, mase doc sentuh ttg treatment of alcohol dependence..

"ABRUPT withdrawal is DANGEROUS.
GRADUAL withdrawal is the LINE OF CHOICE.."


Subhanallah~
this line of treatment have been told inQuran since ever..


SEJARAH PENGHARAMAN ARAK ( ada 3 peringkat)

Peringkat pertama ( Penjelasan baik dan buruk arak )

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqoroh ayat 219 :

"219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[#] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, "
[#] segala minuman yang memabukkan.

Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum .penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan ,keburukkannya lebih banyak drp kebaikan

Cth : Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya ,manusia yg meminum arak akan mabuk ( hilang ingatan ) kurang pertimbangan akal ,apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cth seorang suami yg baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yg buruk akhlaknya ketika dia mabuk seperti menengking isterinya ,memukul , dan melakukan perkara yg di luar batasan ,padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras . Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yg pertama ini.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yg meminumnya.


Peringkat ke dua ( Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa' ayat 43
43. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun.

[#] menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersembahyang bagi orang junub yang belum mandi.

# Pada peringkat ke dua ini Allah mula mengharamkan arak di minum ketika hampir masuk waktu solat ,kerana dikhuatiri solat yg didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yg lain ,melakukan penambahan /pengurangan rakaat dsb . Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh di minum .



Peringkat ke 3 ( pengharaman secara mutlak)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa ayat 90-91
90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

[# ]panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.

#Setelah turun ayat yg ke 3 maka hukum arak diharamkan secara mutlak .

copy from > http://tanya-ustazdotblogspotdotcom/2009/05/siri-1-hadis-hukum-arak.html

seronok kalo dpt paham al-Quran dgn sbenar kefahaman~
moga dpt diterjemah dlm kehidupn seharian~ameen...

Saturday, February 27, 2010

DEATH !! MATI !! AL-MAUUT!!

Salam maulidur rasul~

minggu ni blajar forensic on topic of DEATH!
mula rasa biasa je blajar tajuk ni..
huhu..x de perasaan btul kn sy ni?

tp, satu malam tu, lepas solat isya',
dok sembang ngn kok na pasal tajuk DEATH~
rupanya k.una takut sgt bila blajar tajuk ni..

"kita x tahu macam mana kita mati nnti"
"sy nk sgt tahu macam mana rasa mati, pastu nk hidup balik"
"eh, mana bleh..kn kita blajar tadi..
DEATH is irreversible cessation of brain and brain stem functions"

"tu lah..macam mana lah nasib kita lepas mati"
"kalo org yg da tao nk mati, cthnya org yg kne hukuman gantung,
x pe lah, org penjara suh mengucap dulu b4 jatuh hukuman"
"sempat gk mengucap sblom mati"
"da dapat balasan kt dunia, ringan la kt akhirat nnti"

"takutnya kalo bila amik buku amalan nnti.."
"kalo lah kta nk amik ikut tgn knn, tp tgn kiri yg gerak..involuntarily"

"dah la nnti kalo ade salah ngn org laen, kta kne bg amalam kita yg diterima!"
"x tao lah ape je dlm byk2 amalan kita, amalan yg Allah terima"
"kalo da abis, kte plak kne amik dosa2 die..takutnye!"

"takut sgt bila teringat hadith nabi..

Dalam riwayat Muslim, dari Abu Hurairah ra.;
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya orang yang pertama kali disidang pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Dia akan dihadapkan pada nikmat-nikmatnya dan dia mengenalnya. (Allah) berkata, ‘Apa yang engkau lakukan dengan itu semua?’ ‘Aku telah berperang demi Engkau, hingga aku mati syahid. (Allah) berkata, ‘Engkau bohong! Engkau berperang agar disebut sebagai orang yang pemberani.’ Kemudian orang itu diseret kedalam api neraka. Kemudian orang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca Al-Qur’an. Dia dihadapkan kepada nikmat-nikmatnya dan dia mengenalnya. (Allah) berkata, ‘Apa yang engkau lakukan dengan semua ini?’ ‘Aku telah belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca Al-Qur’an demi Engkau,’ jawabnya. (Allah) berkata, ‘Engkau bohong! Engkau belajar agar dikatakan sebagai orang yang pintar dan engkau membaca Al-Qur’an agar dikatakan sebagai seorang qari’ (pembaca Al-Qur’an). Kemudian orang itu diseret kedalam api neraka. Kemudian orang yang diluaskan rizkinya oleh Allah. Dia dihadapkan kepada nikmat-nikmatnya dan dia mengenalnya. (Allah) berkata, ‘Apa yang engkau lakukan dengan ini semua?’ ‘Aku selalu mendermakannya demi Engkau di jalan yang Engkau suka.’ (Allah) berkata, ‘Engkau bohong! Engkau berderma agar dikatakan sebagai seorang dermawan.’ Kemudian orang itu diseret kedalam api neraka.”

riso sgt penyakit hati ni..
kalo wt byk mane pon amalan, ade sket rase riak, ujub, rase baek dari org laen
trus amalan tu x diterima! Allah! susahnya nk jaga hati!
risau sgt tambah skg da jadi senior, masing2 da pgg SC,
tetiba dtg rasa diri lebih baek dari org laen..abis lah~"

bila tgk video yg iman letak kt status..tambah seram~

http://www.youtube.com/watch?v=8J5Soaq8V3I&feature=related


p/s: b'azam nk bace Al-Mulk tiap2 hari moga ade teman dlm kubur nnti..
moga Allah thabatkn diri atas jlnnya~ ameen ya rabb

Thursday, February 18, 2010

gule gule turkiye~

alhamdulillah..
kami sume 6 org selamat sampai di tanta around pukul 12 mlm 17 hb feb..
ditemani oleh k.long seluarga dari mator ke rumah..

seriess!! sedeh nk tinggalkan bumi turki..
bumi yg sarat dgn sejarah & iktibar utk umat islam pada hari ini..
turki mmg kaya dgn sejarah rom (sblom keraajan uthmaniah menawan konstantinople)
sejarah islam (sbb kerajaan uthmaniah bertapak disini)
makam para sahabat & tabieen yg syahid b4 & smasa
peperangan kerajaan uthmaniah & byzantine
makam para pemerintah kerajaan uthmaniah
tinggalan nabi muhammad & sahabat..(dibawa masuk ketika zaman kerajaan uthmaniah)
& yg plg menyedihkan kesan2 kejatuhan pemerintahan khalifah yg masih kekal hingga kini..

skurang2 nya sy dah dpt jawapan dari persoalan yg mmbelenggu sy..
kepentingan penglibatan dlm politik walau sekotor mana pon politik itu..haha
(esp politik negara skg..huhu)
tp, tanpa kita, siapa lg yg akan membersihkan kekotorn itu kn?
ye! sy akan membersihkan kekotoran politik itu semampu sy!!

sedih bile tgk rakyat turki skg...
bayangkan kemegahan mereka ketika pemerintahan kerajaan uthmaniah menakluk dunia!
tp, bila ada bacteria2 spt kamal terkutuk tu, dgn perancangnnya yg teliti,
dia 'berjaya' menatuhkan sistem khalifah
sterusnya menobatkn diri sbg presiden turki pertama-1923

sbgaimana yg pernah sy baca..

Prestasi Mustafa Kamal Attaturk seorang agen Freemason Yahudi dalam menghapuskan Khilafah ini, sangat dibanggakan oleh Freemason Yahudi yang disebutkan dalam Ensiklopedia Freemasonry:
“Revolusi Turki (yang dimulai) pada tahun 1918 yang dipelopori oleh saudara yang mulia Mustafa Kamal sangat menguntungkan rakyat, melenyapkan kekuasaan Sultan, membenteras Khilafah, menghilangkan Mahkamah Syari’at, menyingkirkan peranan agama Islam dan menghapuskan kementerian wakaf. Bukankah semua ini merupakan pembaharuan yang dikehendaki oleh Freemasonry dalam setiap bangsa yang sedang bangkit? Siapa di antara tokoh Freemasonry yang dapat menandingi Attaturk, baik dulu maupun sekarang?”


byk!! sgt byk kesan kemusnahan yg ditinggalkan dan
menanti peruangan rakyat turki utk dibetulkan..
antaranya....

1) larangan memakai tudung utk kakitangan kerajaan..
(shngga kini, mereka yg bpegang teguh dgn islam cuba utk memperjuangkan pemakaian tudung)
...sbgimana yg diceritakn oleh sorg p.cik travel agen kami
2) uniform sekolah yg sgt sekular..
bygkan anda melihat mereka tpaksa memakai skirt paras separuh paha ke sekolah w/pon memakai tudung!
3) sekolah2 tahfiz x diberikan lesen operasi mereka..
ust cakap, hnya ada 3 sekolah tahfiz je kt turki..salah satunya di konya
(kt konya, kbyknn masyarakatnya masih mengamalkn islam compare to istanbul..
major pakai tudung lah!
4) madrasah2 lama dijadikan kedai2 perniagaan & masjid2 lama dijadikan muzium..
sedeh tol bile tgk, madrasah2 tu, yg dulu jadi tempat pengajian agama, tp skg jadi kedai2..
kalo jual brg2 islamic x pe gak! tp, dok jual shisha, beg2 yg ntah pa pe..huhu
5) x tao nk ckp! major org turki hisap rokok! x kira lelaki/ perempuan, pakai tudung/tidak..
huhu..bleh byg x? tgk org pakai tudung elok, tutup aurat dah..
tp, asap keluar dari mulut smbil tgn memegang puting rokok..takjub sungguh sy!

semua ini adalah hasil pemerhatian sy spnjg trip ke turki slama seminggu ini..(10-17 feb 2010)
thanks to ust hazimin yg sgt sporting utk mbawa kami sume spnjg trip ini..
mmg sgt bmakna buat kami..

syukrillah!! syukrillah!! syukrillah!!

p/s: x rugi pergi turki!
x nyesal dtg lagi!
x serik nk p byk kali! :D

Sunday, January 31, 2010

insan kah mereka yg tidak ihsan??

alhamdulillah..
td dpt same2 ngn adeq2 mlaksanakn sc stelah t'injak beberapa kali..
tajuk hadith yg kami bncgkn ari ni adalah 'KELUASAN IHSAN' (hadis ke-17)

antara kndgn hadith ini adalah :
1) kwajipan IHSAN
2) IHSAN ktka mbunuh
3) larangn mbakar dgn api
4) larangn mengurung & menyiksa binatang
5) larangn mjadikn sesuatu yg bnyawa sbg sasarn panah
6) IHSAN dlm mnyembelih binatang
7) IHSAN dlm stiap amalan..

t'tarik dgn bbrapa kndgn hadith ini..

sbb??
israel la3natullah sdg mlanggar KESEMUA isi kndgn hadith ini!!

alhamdulillah! skg tgh round forensic & toxic..syok sgt!!
byk sgt ilmu baru yg tidak didedahkn!!
mungkin sbb org awam x brapa minat utk detailsknnya~ :D

1stly,
kami ada blajar jenis2 bullet yg diguna pakai utk menembak..
dari kategori riffled weapon (m'gunakn peluru 'bullet')
bullet plak byk jenis..bla bla bla..

yg menarik minat sy adalah DUM DUM BULLET!!
ini adalah antara bullet yg digunakn oleh tentera israel taghut ini
utk menembak rakyat palestin yg x bsalah..

bullet biasa hnya akn mmpnyai 2 luka..tmpt peluru masuk & keluar (inlet & exit)
serta kehilangn tisu dibhgian track laluan peluru tersebut..
tp, dum dum bullet ini tlh diubah suai sesuai dgn kekejamn mereka
dgn sdikit garis2 dikeliling peluru tersebut..
agar apabila peluru tersebut masuk ke dlm tubuh sasaran mereka,
ia akn pecah & menyebabkn kerosakn hampir ke seluruh organ mangsa!!

ALLAH!! ALLAH!!

2ndly,
td blajar pasal organo-phosphate insecticide under tajuk pesticides..
pelik bile tibe2 slide doc memaparkn gambar tentera bratur utk mndptkn suntikn atropine..
walhal, kte sume tahun ttg side effect atropine yg agk dahsyat! (anti-cholinergic effect)
tp, ia adalah physiological antidote utk organo-phosphate poisoning

rupa2nya mereka mndptkn antidote utk gas yg mreka lepaskn keatas tanah suci palestin!!
& mreka terus mnyuntik antidote!!
serangn yg tlh dirancang itu mnyeksa rakyat palestin kerana..
w/pon mereka mngetahui antidote t'sebut,
ttpi bekalan atropine tiada!! & kemasukknnya ke dlm tanah suci ini telah disekat!!

sy sgt yakin, ini adalah ibarat kuman dari bjuta2 dr kekejaman mereka!!

anda masih nk tolong mereka mbedil rakyat pelestin??

"ssghnya Allah hanya melarangkamu menjdkan org2 yg memerangi mu kerana agama mu dan mengusir mu dr kampung halamanmu dan membantu utk mengusir mu sebagai kawanmu (dengan membantu mereka).barangsiapa yg menjdkan mereka sbg kawan ,mereka itulah org yg zalim." (9: al-Mumtahanah)

Dr Yusuf Qardawi berkata:

"Diantara cara membantu umat Islam di Palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih2). Setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah dianggap peluru yang menembusi dada2 saudara2 dan anak2 kita di palestin.

ok, da ngantuk~~

rujukn buku forensic & toxic + blog ust salman~

Tuesday, January 12, 2010

uhuk uhuk!



alahai~~
baru je beli limau yg menarik ni smlm & dpt pisang ni time p mkn td~
tetibe tepon umah dpt nasihat ksihatn dari abah..
"kalo batuk2 ni, kne pantang 3 bende je..cukup 3 hari, insya allah batuk hilang..pedas, buah & minyak.."
"buah pon?"
"ha ah..getah die tu yg bahaye..gatal tekak.."
"yg da masak pon? uhuk uhuk "
"getah die ade lagi tu.."
"hehe..innnsya alllaaaahh..uhuk uhuk"(dgn berat hati..)
"susah tu bah..uhuk uhuk"
"abah pantang ke mase abah batuk dulu?" (lps balik mekah, abah batuk2 jgk)
"pantang! abah pantang jumpe~.."

padan muke aku!
sape suh gatal tepon umah time batuk dasyat2 camnikn? hehe
kn dah dapat prescription dari abah :D
hehe..time kaseh abah!

dari kecik, smpi skg, abahlah doctor ilah yg plg best!
nnti biar ilah jadik doctor untuk ma ngan abah plak ek..ameen~
(mudahknlah ya Rabb)
haha..bknnye abah x penah ckp cmner nk lega dari batuk tu,
tp saje nk manje2 ngan abah..
nak dgr abah, ma bg nasihat byk2 kali..hehe
ma pesan bykkn minum air masak..kot2 bleh lega sket :)
~time kaseh ma, abah~

ya allah! byk btol nikmat yg aku kufuri~
nikmat sehat la t'utamanya..huhu
bile sakit, nk cakap pon sekat2, nk study x larat, nk tido pon batuk2~
sorg doc ENT penah ckp, "we can only know the function of the organ if we lose it"
haha..dlm maksudnye kn? huhu

“Dua nikmat di mana ramai orang yang terpedaya kerananya iaitu kesihatan dan kelapangan masa.” – Hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas.

p/s: tgh peram limau & pisang atas meja ni..abislah kamo bile aku sehat nnti..haha

Monday, January 4, 2010

penat!

‘Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala org yg berbuat kebaikan’ (Hud 115)

Apabila engkau berasa penat dalam melakukan kebaikan, ingatlah penat itu akan hilang dan kebaikan yg dilakukan akan terus kekal. Dan apabila engkau berasa seronok dalam melakukan dosa, ingatlah keseronokan itu akan hilang, tetapi dosa yg dilakukan akan terus kekal’ (Saidina Ali)


ye! aku suke betol dgn ayat ni..

berilah aku kekuatan utk m'apply ayat ini dlm hidup ni~`

serabut betol otak & sesak dada (t'utamanya mggu ini) dipenuhi dgn p'kara2 yg aku x suke

(x slari ngn nafsu, mmglah..)!

nafsu aku nk keje sng, sume mende org tlg wtkn, x yah susah2 pk utk org len, x nk ade lgsg t/jwb~

huhu..bile asik pk nk elak tugas, x nk terima t/jwb, nk wt bnda utk kpntgn diri sorg2 mmg penat!

serius! penat!

lg penat dr terima je sume t/jwb w/pn x ikhlas & t'paksa

membuat kebaikan kpd mereka yg tdk b'buat baik kpd kita bknnye mudah!

but it is da rite thing to do!

dada lapang, hati tenang~

susahkan utk buat sume benda tanpa m'harapkn balasan..

"Fitrah manusia, apbl b'terusan hnya sbelah pihak yg m'beri, lama-kelamaan dia akn merasa penat, jemu, & kecewa..lalu berhenti memberi"

teori ni aku nmpk da apply kt ramai org t'utamanya org sekeliling aku..

virus ni amat dahsyat & kini menyerang aku!

mungkin anti-virus nya adalah "Buat sume benda hnya kerana Allah!" sbb..

"Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ". <>

moga diberi petunjuk dari Allah dlm stiap perbuatan~