... ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa)
dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk);
dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.
dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
... tidakkah mereka mengetahui
Bahawa Allah Dia lah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya,
dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya),
dan Bahawa Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
(Surah at-Taubah : 103-104)
alhamdulillah ada sedikit pengisian dari seorang sahabat dalam kelas tadi..
antara banyak perkara yang ditazkirahkan termasuklah kepentingan bersedeqah sebagai jalan membersihkan diri dan mensucikan diri dalam jalan memohon ampun kepada Allah (b'taubat)..
teringat balik ayat ni bila dengar imam masjid ferrari (masjid lorong rumah) ini..
mengulang semula ayat ini dalam solat taraweh tadi..
macam bukan kebetulan kot..huhu
alhamdulillah~
dan dengar pulak ceramah yg k.una share kt fb
dush !! dushh !!
*Rahmat bulan Ramadhan seperti hujan lebat..
setiap orang akan dapat dapat kumpul air hujan tu mengikut saiz bekas yang dia sediakan..
T__T kecilnya bekas saya..huhu