ready to become a doctor?
wait a minute, lets check it out.. ^_^
a small reminder for me. lets become a real muslim doctor..(do pray for me a lot..huhu)
DOKTOR : ADAB & FIQH
Karangan : Dr Zahir As-Sibaie & Dr Mohamed Ali
Al-Bar
Pekerjaan sebagai doktor adalah sangat mulia disisi Islam.
Kemuliaan itu terserlah jika dihiasi dengan 10 ciri agung ini:
1-
Percaya
kemuliaan tugas seorang doktor.
Kerana baktinya dan keupayaannya mengubah masyarakat
2-
Pembentukan
Jiwa (Tarbiyah rohani)
Bagi memenuhi sifat doktor yang mulia
disisi Allah, syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi :-
a)
Tekun + ikhlas (“Sesungguhnya Allah menyukai
seseorang daripada kamu yang jika dia melakukan sesuatu kerja, dia akan
bersungguh-sungguh.” – riwayat Al-Baihaqi)
b)
Berakhlaq mulia (dalam
menghadapi situasi tertentu bersama pesakit kerana doktor adalah insan yang :-
-
banyak melalui peristiwa
penting & getir pesakit. (kematian & kelahiran)
-
terdedah dengan rahsia
& aurat pesakit
-
orang yang dipercayai
pesakit.
.. dan orang-orang Yang berusaha Dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya. [Al-Ankabut:69]
Jiwa & nafsu
dapat dididik serta dibersihkan jika kita berusaha.
“Sesungguhnya ilmu diperoleh hanya
dengan belajar, sifat lemah lembut dengan usaha bersifat dengannya dan sesiapa
yang mahukan kebaikan akan dikurniakan dengannya dan sesiapa yang takutkan
kejahatan akan dijauhkan daripadanya.” Riwayat Abu Hurairah.
Imam Ghazali mengulas, katanya:
“ Ketahuilah sesungguhnya sesetengah
orang dikalahkan oleh kemalasan, berat untuk mujahadah dan menyibukkan diri
dengan pembersihan jiwa dan akhlaq. Dia tidak akan membenarkan dirinya
melakukannya kerana kekurangan yang ada pada dirinya dan kekotoran dalamannya,
maka dia menyangka akhlaq tidak akan dapat diubah. Maka kami berpendapat jika
akhlaq yang buruk tidak dapat diubah nescaya sia-sialah nasihat dan didikan.
Dan nescaya syara’ tidak akan mewajibkan berakhlaq mulia melalui ayat-ayat
Quran dan hadith yang banyak.
Bagaimana semua ini kita nafikan
sedangkan tabiat (sifat semulajadi) binatang boleh diubah. Helang yang ganas
boleh berubah menjadi jinak dan kuda yang liar berubah hingga dapat ditunggang.
Ini semua menunjukkan perubahan tabiat.”
3-
Pemantapan
Ilmu (Thaqafah diri)
Setiap doktor tidak akan terhenti daripada
menuntut ilmu kerana ilmu perubatan merupakan ilmu yang dinamik dan berkembang
dengan kajian dan penemuan baru sepanjang masa.
4- Kaedah ilmiah dalam berfikir.
60. bahkan siapakah Yang telah mencipta langit
dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? lalu Kami tumbuhkan
Dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) Dengan
indahnya, Yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya.
Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka
(yang musyrik itu) adalah kaum Yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).
61.
atau siapakah Yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan
sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya
gunung-ganang Yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut
(yang masin dan Yang tawar) sekatan (semula jadi) Yang memisahnya? Adakah
sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka
(yang musyrik itu) tidak mengetahui.
62.
atau siapakah Yang memperkenankan doa orang Yang menderita apabila ia berdoa
kepadaNya, dan Yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti
(umat-umat Yang telah lalu) mendiami dan Menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan
Yang lain bersama-sama Allah? amat sedikit di antara kamu Yang mengingati
(Nikmat Allah itu).
63.
atau siapakah Yang menunjukkan jalan kepada kamu Dalam gelap-gelita darat dan
laut, dan Yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita Yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama
Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa Yang mereka sekutukan dengannya.
64.
atau siapakah Yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia
mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah Yang memberi
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang Tuhan Yang lain
bersama-sama Allah? Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari
keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang Yang benar ".
[An-Naml: 60-64]
Al-Quran menuntut umat Islam agar membawa
minda untuk mengkaji, memerhati dan sentiasa berfikir yang membawa kita
menyaksikan bahawa kita semua adalah makhluk dan hanya Penciptanya yang Maha
Besar, Maha Mulia dan Maha Kuasa.
5-
Saling
berhubungan sesama manusia.
Ia suatu kemahiran yang menggabungkan sifat
kasih-sayang, tolak ansur, saling tolong menolong, taqwa kepada Allah.
Kaedah:
a)
Menerima perbezaan dan
kelemahan orang lain. Tidak boleh menilai seseorang dengan sifat luaran
semata-mata.
[“Semua manusia berasal daripada
Adam dan Adam berasal daripada tanah. Tiada perbezaan di antara orang arab
dengan orang bukan arab, juga tiada perbezaan di antara warna kulit melainkan
taqwa kepada Allah.” –Riwayat Abu Hurairah]
b)
Memahami perbezaan bangsa
dan tahap intelektual seseorang.
Contoh: cara Rasulullah apabila berhadapan dengan badwi yang kencing
didalam masjid.
-Seorang arab badwi telah
masuk ke masjid lalu kencing di suatu sudut di dalam masjid tersebut. Ini
menaikkan kemarahan para sahabat. Tetapi Rasulullah meminta mereka bersabar dan
segera menerangkan kepada arab badwi tersebut tentang kepentingan menjaga
kebersihan masjid dengan penuh bijaksan dan hikmah. Keadaan tersebut
melembutkan hati badwi tersebut, dan dia terus menadah tangan ke langit dan
berdoa untuk dirinya dan untuk rasulullah.
c)
Bijaksana dalam
berinteraksi dengan pesakit yang berlainan agama dan aliran untuk membawa mereka kepada kebenaran, beriman
kepada Allah.
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu),
dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. [Al-Mumtahanah: 8]
Contoh:
Cara Rasulullah bermuamalah dengan orang kafir dalm perjanjian Hudaibiyah.
d)
Berkata benar dan istiqomah
e)
Tidak melampau dalam
mengkritik atau menegur.
f)
Hadaf: taqwa kepada Allah.
6-
Berkasih
sayang
Apabila kecintaan
menduduki hati seseorang, nescaya dia kasih kepada kepada saudaranya
sebagaimana dia kasih kepada diri sendiri. Itulah kemuncak keimanan.
Sabda Nabi s.a.w, “ Tidak beriman
seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia kasih kepada saudaranya sebagaimana
di kasih kepada dirinya sendiri. ” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
…dan
tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang
jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih
baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan
terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
[al-Fussilat : 34]
Melakukan sesuatu
atas sebab kewajipan semata amat berat bagi jiwa. Dengan rasa kasih dan sayang,
seseorang sanggup mengorbankan diri dan mengutamakan orang lain. Selain itu,
secara tidak langsung, dengan sifat kasih sayang ini seseorang mampu memaaf, mengelak
dari menyakiti dan menghormati orang lain.
Contoh : sifat kasih
sayang yang ditonjolkan oleh kaum Ansar kepada kaum Muhajirin.
Kata as-syahid Syed Qutub r.h.m
berkenaan peristiwa ini,
“ Sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui suatu peristiwa
kemasyarakatan yang lebih hebat seperti mana peristiwa sambutan orang Ansar
terhadap Muhajirin. Dengan kasih sayang yang mulia ini, dengan pengorbanan yang
begitu pemurah, dengan penyertaan yang menyenangkan, dengan perlumbaan untuk
memberi perlindungan dan menanggung bebanan; sehinggakan diriwayatkan, bahawa
tidak menetap seorang Muhajirin di rumah seorang Ansar melainkan setelah undian
dibuat di antara orang-orang Ansar. Kerana mereka yang mahu memberi
perlindungan berebut-rebut, lebih ramai daripada bilangan orang Muhajirin.”
7-
Bersikap
benar
Sabda Nabi, “ Tiada
iman bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak
menepati janji.” [Riwayat Ahmad]
Daripada Abdullah bin Mas3ud r.a
daripada Nabi s.a.w, sabda baginda:
“Hendaklah kamu bersikap benar,
sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan, dan kebaikan itu membawa
kepada syurga. Dan tidaklah seorang lelaki yang senantiasa bersikap benar dan
mencari-cari (berusaha) untuk bersikap benar sehinggalah dia ditulis di sisi
Allah sebagai seorang yang siddiq. Awasilah kamu serta jauhilah pembohongan, sesungguhnya
bohong membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Dan
tidaklah seorang lelaki sentiasa berbohong dan mencari-cari ( berusha)
pembohongan sehinggalah ditulis di sisi Allah sebgao seorang pendusta.”
[Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi]
8-
Bersederhana
…dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang
apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil
kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara
kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. [Al-Furqaan: 67]
…berimanlah
kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian
dari harta benda (pemberian Allah) Yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai
wakil. maka orang-orang Yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan
(sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala Yang
besar. [al-Hadid: 7]
"Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah
dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan
berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu
(dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau
melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang Yang berbuat kerosakan ". [Al-Qasas:77]
9-
Bertawaduk
Kata Imam Ghazali
r.h.m.
“Perasaan takabur memang pantas membaluti
hati para ulama’! Jangan biarkan sebentar pun hati kamu menyangka bahawa dirimu
telah mencapai kesempurnaan ilmu, maka kamu akan mengagungkan dirimu dan
menghina manusia lain,kamu akan menyangka orang lain semuanya jahil dan
memperlekeh orang yang berlawanan pendapat denganmu. Sesungguhnyakamu akan
melihat dirimu lebih tinggi dan berkelebihan di sisi Allah berbanding orang
lain. Maka kamu akan lebih banyak memberi peringatan kepada orang lain
berbanding dirimu sendiri, lebih banyak mendoakan dirimu sendiri dan sedikit
sahaja mendoakan kebahagiaan orang lain.”
Sebab-sebab timbulnya perasaan ujub
dan sombong, kata Imam al-Ghazali lagi
“Sebab keangkuhan dengan ilmu ada dua;
1- Orang alim itu
sibuk dengan perkara yang diberi nama ilmu, bukannya dengan ilmu yang hakiki.
Sesungguhnya ilmu yang hakiki akan membuatkan seseorang itu semakin mengenali
Allah, dan hakikat dirinya sebagai seorang hamba kepada Allah. Maka segala
urusan-urusannya adalah berlegar di sekitar pertemuannya dengan Allah di
akhirat nanti, dan sifat inilah yang akan menghasilkan perasaan takut dan
tawadhuk tanpa perasaan angkuh dan sombong.
2- Kerana seseorang
itu melibatkan dirinya dalam mencari ilmu tatkala batinnya kotor dicemari dosa
dan maksiat, yang menghancurkan jiwa, akhlaq yang buruk. Kerana pada awalnya
tidak berusaha membersihkan dan menyucikan jiwanya, dan menjernihkan niat di
hatinya bak terjatuh kedalam rumah yang kotor, tidak dapat merawat hatinya dan
tidak zahir darinya kesan yang baik dengan ilmu yang diceburi. “
Hakikat
ilmu, kata Imam Sya’biy:
“Ilmu itu ada
tiga depa. Sesiapa yang mencapai depa yang pertama maka tinggilah hidungnya
kerana angkuh dan sombong, menyangka diri telah mendapat setinggi-tinggi ilmu.
Sesiapa yang berjaya mencapai depa yang kedua maka dia akan sedar betapa kecil
dirinya berbanding medan ilmu yang amat luas yang tidak dapat dikecapi
semuanya. Manakala depa yang ketiga tiada siapa yang mencapainya buat
selama-lamanya.
Sabda Nabi s.aw. “Tidak akan masuk
syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sebesar zarah daripada perasaan angkuh
dan sombong.” [Riwayat Muslim]
Sabda Nabi lagi, “Sekiranya seseorang
menyangka keburukan terhadap seseorang yang lain maka dia telah telah menghina
saudara muslimnya itu.” [Riwayat Muslim]
Ingatlah bahawa
pengakhiran sifat ini adalah kebinasaan!
“Ada tiga perkara yang membinasakan:
nafsu yang dituruti kehendaknya, sifat bakhil yang ditaati dan perasaan ujub
seseorang itu dengan dirinya sendiri.” [Riwayat Tobrani]
10- Meneliti diri sendiri. (Muroqobah nafs)
Dengan
cara menghisab diri
Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada
Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan
hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan
(dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi
diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi
pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan. [al-Hasyr: 8]
Sesungguhnya
Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan
kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Penyabar. [al-Baqarah:
235]
Sabda Nabi s.a.w,
“Sekiranya hamba-Ku mengingati Aku dalam dirinya maka Aku juga
mengingatinya, sekiranya dia mengingati AKu di suatu tempat, maka Aku
mengingatinya di tempat yang lebih baik dari tempat itu, jika dia mendekatkan
diri kepada –Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya sehasta.” [Riwayat Bukhari
dan Muslim]