Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, March 13, 2013

Tenang Jiwa

bismillah~
ringkasan apa yang saya dapat dari halaqah semalam. ^_^



WAHAI JIWA YANG TENANG.
 
(setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, 
Tuhan menyatakan Bahawa 
orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): 
"Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - 
"Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati 
(dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - 
"Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -
"Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "
[ Al-Fajri: 27-30 ]

1-      Manusia pada hakikatnya terdiri dari dua komponen.
       Ruh 99% dan jasad/ fizikal hanya 1%. 
2-      Ramai tak jelas tujuan hidup.
3-      Tugas kita kat dunia ada 3.
           a- Jadi hamba Allah
           b- Jadi khalifah, bagi manfaat kepada orang lain
           c- Jalankan hukum Allah
4-      Cara rawatan:
a-      Kembali kepada Allah, betulkan hubungan
b-      Cari redha Allah
c-       Bukan penghargaan manusia yang dicari

  
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan Yang amat mengembirakan dan tempat kembali Yang sebaik-baiknya.

[ Ar-Ra3du: 28-29 ]



5-      Definasi ‘tuhan’ sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat keredhaan’nya’
6-      Saya, sebab sudah berada dalam bidang perubatan sepatutnya lebih dekat dengan Allah.
Sebab saya belajar
7-       Cara mengekalkan ketenangan.  
a-                  Kasih saying tanpa syarat
b-                  Memaafkan. Selagi ada dengki, iri hati, dendam, sesal selagi itu ketenangan tak
               datang.
c-                   Murah hati. Siapa yang memberi, dia mendapat
d-                  Bergantung dengan Allah. ‘Kabel besar kita’
8-      Ubat hati ada 5:
a-      Baca Quran dan ma3nanya
b-      Berkumpul dengan orang soleh.
c-       Solat malam
d-      Zikir malam
e-      Berpuasa.
9-      Dos and don’ts untuk dapat ketenangan.
a-      Hormat makhluk Allah
b-      Ikhlas
c-       Lemah-lembut
d-      Sentiasa fikir apa manfaat saya boleh beri pada orang kepada orang.
e-      Buang ego dalam diri.
10-   Ciri orang Ego:
a-      Suka marah 
b-      Suka bersaing
c-       Cakap dia je yang betul
d-      Tak boleh orang lebih dari dia.
e-      Sangat fikir apa orang kata
f-       Nilai luar / fizikal penting
g-      Sangat kedekut

11-   Kalau sibuk tengok orang, dia tengok berita. Kalau sibuk tengok diri, dia hadiri majlis ilmu. Siapa lihat orang, x kenal diri, siapa lihat diri, x kenal orang.

...
...
...
...
...


just reminder for me in case i forget.
waAllahu Ta3ala a3lam.