Welcome to my blog :)

rss

Monday, April 26, 2010

keLEBIHan kami adalah kerana kami keKURANGan :)

assalamualaikum..

tetibe ngengade nk update belog (padahal esok ade end round Public's xm)
tensen sbb doc nk bg soklan senang kt malaysian student (haha..pelik kn manusia cm kami ni?)

x pe lah..utk mengisi masa yg x lapang mana ni sbb malas bace buku lg ptg2 ni,
nk recall balik ape yg KAMI satu batch buat spnjg mggu ini..

alhamdulillah..atas cetusan idea uda & mdpt sokongn padu kami slaku ahli bet
(ceh! nk jgk name ..keh keh)
kami telah sepakat utk same2 bncg satu batch 4th year kami utk menganjurkn kempen kutipan derma palestin semena lifeline4gaza..x mo citer psl projek ni sbb sume org da tao..
or kalo x tahu or nk tahu lebey lanjut bleh layari website die..


"eiiiyy aku suke lah batch kita ni.. same2 dok bncg pasal isu palestin ni" tetiba sya bsuara
"emm tulah..sukelah tgk batch ni bncg secara serius ni.."

..masa tu penerangn sdg dilakukn oleh cik pengarah kami smbl mminta
volunteer utk tugasan2 tertentu & cdgn demi cdgn kami same2 lontarkn utk pastikn kempen ini bukan spti kempen palestin bkala yg biasa..
sume org nmpk smgt! serius! dan x berkire utk mberi nama sbg org yg akn bt/jawab..
respek btul aku!
"mungkin keLEBIHan kta sbb kita sket.."
yelah..w/pn bilangn kami yg sgt sedikit, hnya 23 org skelas, tapi kami mampu utk menganjurkn program yg agak besar bg aku..
bkn nk berbangga, tp sedey sbb dgr ramai adeq2 yg mula bkira utk buat kerja,
x mo kerja kalo x jadi ajk, x nk turun progrm & mcm2 lg..

kdg2 bila dgr adeq2 bg alasan depa x reti, 1st time buat kerja,
nk je ckp, kitorg batch 1st, sume benda yg ktorg wt pon, asalnya mmg x tahu..
tp blajar lah~ (kalo sume abg2 kakak2 balik nnti, takkan baru nk blajarkn? :) )

ape ni melalut plak! adess
yg penting..alhamdulillah stakat ni, program ni bjalan lancar..
dgn kempen derma LE100 sorg oleh stiap pic (person in charge),
siap bleh buat blog khas yg agk padat & menarik..
jualan pd hujung mggu oleh akk2 4th year yg bape kerat ni..
& khidmat delivery oleh abg2 4th year yg bleh dikira dgn jari ni..haha

1st time tu masak byk2 cmni..
dah la aku 1st time masak nasi tomato..masak plak utk 100++ (x psl kne gelak ngn abah..hehe)
tp, diketuai oleh kok na sbnrnye..
dgn samosa 300++ kpg..k.chef, wani
(kalo bkn sbb gaza, serius kami x masak mcm ni)

huhu..ramai serik..may be sbb x cukup kakitgn sbb tu penat sket..sume org tgh xm..kami yg 4th year je final xm stat
bln 6..tp, still ade end round xm..huhu rilex cm x de xm je kami ni kn? haha

aisyah dgn cupcake gazanye (+- 400 biji), amal dgn donut gaza (+-200 biji)
rumah ja sibuk dgn roti canai, laksa, mushroon sup..(x igt bpe temphn)
masing2 sibuk dgn menu msg2, so kne usaha lebeh sket la sume org..

insya allah kempen ini akn bakhir mggu depan..
& rumah yg bt/jawab masak mggu ni adalah cik nawal! menu : nasi kerabu
kami sedia mbantu..haha..
serius x menang tgn kamu nnti :D

ni antara sbhgn survey yg smpt dijalankn spjg 2/3 hari ini..
huhu..segan plak aku :D



k, lah harap sgt kempen ni bkn skadar kempen..
tp disertai dgn kesedaran diri terutamanya diri ini sndri~
cakap kt org senang! kempen sana, kempen sini! tp, aku sndrik, hanya Allah je yg mampu menilai..

insaf..baru tgk video ni



renungn bsama~

Tuesday, April 13, 2010

kalam Taujihat dari Novel Salahuddin


Alhamdulillah..
semalam berjaya habiskn baca novel ni..
sgt seronok..dpt smgt baru

byk kalam taujihat boleh amik dari novel ni..

1) Slps pindah ke Mesir, Salahuddin mula menyusun hidupnya dgn lebih ketat. Beliau btambah wark & zuhud. Beliau bpaling drpd hidup bsenang-lenang kpd hidup yg serba sederhana, srta mjadikn dirinya sbg teladan kpd tenteranya. Sjk itu beliau mula menumpukn sgl usaha & tenaganya kpd tujuan yg besar, iaitu mbina empayar Muslim yg cukup kuat bg mhalau keluar kaum kristian dari Baitul Maqdis.

2) Sy yakin ktika Tuhan mengurniakn sy Bumi Mesir, Dia jga mengurniakn Bumi palestin kpd sy. Sy jg yakin ketika Tuhan mengurniakn sy jwtn khalifah, Dia juga mberi t/jwb kpd sy bg mbebaskn Baitul Maqdis drpd tentera salib. Disbbkn itu sy menyerahkn seluruh diri sy bjuang pd jln Allah..
kata2 ini slalu diulang2 oleh Salahudin.


3) Stiap org yg berusaha utk meninggikn kalimah Islam
boleh mgunakn sgl yg ada pdnya spt harta benda, jiwa raga, pena & lidah..
-Sayyid Abul 'Ala al-Maududi


4) Rasulullah bsabda.. "Brg siapa yg bcita2 mati syahid krn Allah, nescaya akn diletakkn oleh Allah kdduknnya di tmpt para syuhada' skalipun dia mati diatas tmpt tidurnya."
-hadith riwayat Musim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, & Ibnu Majah-


5) Sabda Rasulullah lg.. "Kbaikn generasi ptama umat ini krn adanya
sifat syahid & keimanan yg kuat
& binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil & byk angan2."


6) "Boleh jadi kamu tidak menyukai kpd sesuatu perkara, padahal ia baik bg kamu. Dan boleh jadi kamu suka kkpd sesuatu perkara padahal ia buruk bg kamu"
al-Baqarah :216


7) "Ssungguhnya Allah tlh mbeli dari org2 mu'min diri & harta mereka
dgn mberikn syurga
utk mereka. Mereka bperang utk jln Allah
lalu mereka mbunuh ataupun tbunuh" at-Taubah : 111


8) Sabda Rasulullah.."Brg siapa mati padahal dia tidak pernah bjihad atau
tidak pun pernah bniat hendak bjihad maka matilah dia spt jahiliah."
riwayat Bukhari & Muslim


9) Ketika Jurusalem diserang stelah ditakluk oleh Salahudin, org Islam yg mpertahanknnya hnya bjumlah 3000 org sdgkn tentera Salib bjumlah 300 000 org & ketika ini Salahudin sdg sibuk mmpertahankn kota Acra. Imam Muhyiddin mcadangkn utk solat hajat mohon ptolongn Allah. Ditakdirkn blaku perubahn cuaca kpd musim sejuk yg melampau bserat ribut dgn izin Allah. menyebabkn byk tentera Konstantinople mati kesejukkn & tpaksa pulang.

10) "Apabila umat Islam bsatu, mereka kuat & musuh tidak berani mlakukn kzalimn tetapi apabila umat Islam bpecah belah, mereka ibarat buih yg byk tetapi lemah."
kata Salahuddin


sama2 kita renungkn kata2 hebat ini..!

Wednesday, April 7, 2010

Tuesday, April 6, 2010

smlm CUTI..ari ni CUTI..asik2 CUTI..huhu

bismillahirrahmanirrahim..

ye! ari ini aku cuti lg~
kalo org tnye, tahun ape plg rilex, aku dgn tnpa segan silunye akn jwb..
tahun 4! kalo korg x jadi AJK, & x amik ape2 Xtra klas..huhu
(sian tgk sahabat2 AJK yg masa dorg sgt pack yg amat)
tp, syabas kerana masa anda x dibazirkn spt sy! :D
mesti dorg bahagia ade cuti2 camni kn? hehe alhamdulillah~

our schedule for this month (public round)..jgn jeless :D

pepatah arab ade mengatakn..
“Rukuud eL maa’ yufsiduhu, firaagh assyabab yaqtuluhu”
Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak akan masa lapangnya akan dibunuh oleh masa lapangnya itu~

Alhamdulillah..Allah tunjukkn kami jalan..hehe
insya Allah bmula hari ini, aku dan beberapa org lg akn mula amik klas b.arab..
stiap hari xcept jumaat & ahad..
moga Allah bantu kami mantapkn b.arab..x larat nk blajar sbnrnye..
dari sek rendah lg..mcm tu la jgk..huhu~

smlm sbnrnye, kami cuti smpena Syammun Nasim..
perayaan easther memasuki musim panas kt mesir ni..
penah dgr org kata, depa akn mnyambutnye dgn makan ikan fisikh..
(ikan yg disalai la lebey kurg..)
dulu2 penah nk tao sgt pasal perayaan ni..
surf2, jmpe artikel ni..

MENYAMBUT SYAMMUN NASIM? ANTARA BID'AH DAN KHURAFAT!!
بسم الله الرحمن الرحيم
شم النسيم ليس عيدنا
الحمد الله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Antara nikmat Allah s.w.t yang paling besar sekali kepada kita semua ialah nikmat Islam. Islam merupakan agama yang sempurna dan diiktiraf oleh Allah s.w.t kepada penduduk bumi ini(manusia dan jin) dijadikan sebagai anutan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
3. Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu

Sedikit pengenalan:
: شم يشم: شما وشميما وشميمى (1)- الشيء :منجيوم , مغهيدو (2)- النسيم
ماكن اغين , برسيار
Agama yang sempurna ini tidak sekali-kali perlu kepada tokok-tambah dan pengurangan. Keagungan Islam tidak disandarkan kepada mana-mana agama lain. Ini boleh dibuktikan melalui sabdanya :
نهى النبى صلى الله عليه وسلم عن التشبه بأهل الملل الأخرى حتى قالت اليهودى :(ان محمدا يريد أن لا يدع من أمرنا شيأ الا خالفنا فيه)..وقال صلى الله عليه وسلم (خالفوا المشركين)..وقال صلى الله عليه وسلم (لتتبعن سنن من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا جحر ضب لد خلتموه وراءهم. قلنا يا رسول الله اليهودى والنصارى ؟ قال فمن ؟).

Di dalam menyambut mana-mana perayaan dan keraian kerana kegembiraan dan sebagainya, kita tidak terlepas daripada batas-batas syarak yang ditetapkan oleh Islam. Ini dapat dibuktikan ketika Nabi Muhammad s.a.w memasuki Kota Madinah, nabi dapati mereka menyambut dua hari perayaan. Lalu Nabi bersabda :
(ان الله أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الاضحى ويوم الفطرى) وقال أيضا ( ان لكل قوم عيدا) Di sini menjadi persoalan kepada kita, adakah Allah s.w.t dan Rasullallah s.a.w membenarkan kita menyambut perayaan seperti Syammu Nasim( شم النسيم) atau perayaan menyambut musim bunga (عيد الربيع) dan sebagainya.
Kita perlu mengetahui bahawa Hari ((يوم شم النشيم mempunyai hubungan dan kaitan dengan agama-agama lain seperti mana berikut :

Syammu Nasim ( شم النسيم) merupakan salah satu perayaan Mesir Purba dan dikenali juga perayaan Musim Bunga, perayaan Kebangkitan Kehidupan dan perayaan Permulaan Zaman (kewujudan alam). Oleh kerana itu, mereka berpegang dan percaya bahawa perayaan yang disambut pada hari ini diumpamakan permulaan kejadian. Dakwaan mereka juga ialah salah satu Tuhan mereka yang bernama Ra' (رع) berlegar-legar di langit Mesir dengan menaiki pesawat (سفينته المقدسة) sehingga mendarat di atas Ahram yang paling besar di Giza untuk membangkitkan kehidupan kepada seluruh makhluk dan memberitahu kematian Tuhan yang bernama Sith(ست) tentang keburukan di sisi mereka.
Antara upacara keagamaan mereka juga pada hari ini, 'makan telur' mereka percaya dunia ini bentuknya menyerupai telur besar yang terbahagi kepada dua bahagian, langit di bahagian atas dan bumi di bahagian bawah. Ini dapat disangkal berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
51. Aku tidak menghadirkan mereka (iblis dan anak cucunya) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka sendiri; dan tidaklah Aku mengambil orang-orang yang menyesatkan itu sebagai penolong.(surah Al-Maidah :51)

Berdasarkan kepercayaan inilah kita dapat saksikan pada hari ini, mereka menghiasi telur tersebut dengan berwarna-warni. Kemudian diletakkan di atas bakul bertangkai tanda memuliakan bagi mendapat keberkatan cahaya Tuhan (keamanan) ketika terbenamnya matahari.!!!!
Antara kesan upacara keagamaan mereka yang dapat disaksikan pada hari ini ialah "makan bawang". Perbuatan tersebut ada kaitan dengan cerita dongeng atau mitos, pada suatu ketika seorang anak raja pada zaman itu ditimpa penyakit. Setelah itu bomoh yang mengubati anak raja tersebut meletakkan bunga-bunga bawang di bawah kepala mangsa dan memerintahkan mereka supaya menggantungkan bawang di pintu-pintu istana dan rumah-rumah untuk menghalau ruh-ruh jahat. Rentetan dari kepercayaan itulah, mereka menjadikannya sebagai satu upacara keagamaan.
Pada hari ini mereka memakan ikan yang diawet di tempat lapang sebagai satu kepercayaan yang melambangkan (ikan yang diawet) tersebut sebagai Tuhan mereka (حعبى) . Ikan yang dimaksudkan itu terdapat di dalam Sungai Nil dan dijadikan ikan tersebut sebagai satu penyembahan atau pemujaan bukannya Allah s.w.t. Mereka menangkap spesis ikan ini dan diawet serta dijadikan makanan ketika perayaan tersebut.
Perayaan ( شم النسيم) ini merebak daripada kepercayaan golongan atasan Raja-raja Mesir (الفراعنة) kepada Bani Israel. Mereka menjadikan perayaan ini sebagai perayaan bersama. Ketika mana mereka keluar dari Negara Mesir, mereka bersepakat akan keluar pada hari perayaan tersebut dan dikenali sebagai Yaumul Fasih- (يوم الفصيح) perkataan Yahudi- iaitu keluar atau menyeberangi. Mereka menjadikan hari tersebut sebagai permulaan tahun Yahudi sebagai sambutan mengenang kejayaan dan permulaan hidup yang baru.
Kemudian perayaan (عيد الفصيح) ini merebak kepada golongan Nasrani dan mereka menjadikannya bertepatan dengan apa yang didakwa sebagai hari kebangkitan Masih (المسيح) yang disalib pada hari Jumaat mengikut kepercayaan mereka. Kemudian kelihatan cahaya pada hari Sabtu yang dikenali sebagai -سبت النور- dan mereka bangkit pada hari Ahad, setelah itu pada hari Isnin mereka berbuka daripada puasa setelah beberapa hari tidak makan beberapa jenis makanan yang diharamkan ke atas mereka seperti ikan yang diawet, telur dan sebagainya.

Hukum Menyambut Perayaan Yaumun Nasim…..

1. Adakah kamu setuju (redho) untuk bersekongkol dengan Orientalis dalam menyambut perayaan yang diada-adakan dan dipuja dengan apa yang disembah oleh mereka selain Allah s.w.t.
2. Adakah kamu bersetuju (redho) untuk menyambut dan menyokong dengan apa yang mereka jadikan lambang salib( Agama Kristian). Ini merupakan pendustaan yang jelas terhadap al-Quran sebagaimana firmannya : وما قتلوه وماصلبوه ولكن شبه لهم.Sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki bagi orang Islam menjadi Imam yang memimpin bukannya yang dipimpin sebagaimana sesetengah daripada umat Islam yang ingkar perintah Allah s.w.t. Pada masa yang sama mereka mengikut golongan yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah s.w.t yang terdiri dari golongan Yahudi dan Nasrani. Oleh kerana itulah mereka merasa bangga kerana dapat mengaburi mata umat Islam.
3. Maka, apakah kamu juga turut sama dalam menyambut perayaan ini??
• Jawapannya ialah, tidak boleh menyertai perayaan tersebut, tidak boleh keluar untuk memberi sokongan kerana pada hari yang mendatang kita akan berhadapan lebih-lebih lagi dengan perayaan agama kita iaitu Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha. Kenapakah kita sibuk dengan benda-benda sebegini.
• Tidak boleh makan makanan yang mereka puja tanda bantahan kita terhadap perayaan tersebut. Kalau nak makan terserah lah, tetapi mestilah ingat, mesti jauh daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.
• Kalau boleh cuba kita buat sesuatu perkara yang menyalahi amalan bid'ah mereka pada hari tersebut. Kalau tak mampu juga katakanlah kepada anak-anak atau sahabat-sahabat kita bahawa ليس يومنا وليس عيدنا ketika perayaan tersebut.
• Tidak boleh kita ucapkan tahniah kepada sahabat kita sempena perayaan tersebut.Sekiranya di sana ada mengikuti, maka hendaklah kita nasihatkan dan ajarkan dia. Sebagaimana kalam ulama' ) (أما التهنيئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق
(.فمن هنأ عبدا بمعصية أو بدعة أو كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه

والله نسال ان يرد الامة الى دينها ردا جميلا وان يعلمنا ما جهلنا وان يجعلنا معظمين لشعائر الله

اعداد:
القسم العلمى بدارالوطن
Terjemahan oleh:
http//tokselehor.blogspot.com
pukul 02.52 pg. 24/04/2008 Akhri Said.Tanta
©Sebarang permasalahan boleh merujuk terus pada http//tokselehor.blogspot.com

# dikopi & tehkn dari belog org hebat..
..Ust Hushaimi..our pengerusi DPMT in our 1st grade here :D