Welcome to my blog :)

rss

Saturday, December 19, 2009

TB & social problem

"why TB is a social disease?"
"bcoz it can lead to social problems.." kte eshah..
(eit? apsal plak? mcm mane TB boleh mnyebbkn keruntuhan akhlak?
social prblem= keruntuhn akhlak) ~kte aku dlm hati

"what will you do if your bestfriend have a symptom of TB and after took the smear, it was confirm +ve TB?"


"avoid close contact", me answer
"isolation of the patient", sorg tu ckp
"we must wearing the mask", ade org len plak ckp
"ask him or her to wearing mask..", x tao suare spe
"talk to him/her in a distance..?", doc tnye
"talk through telephone..", kte iman
"communicate through ym.." kok na jwb

you see that?
although TB is preventable & curable disease but the social stigma making it worst!
ppl alwez make bad attitude & behaviour toward TB's pt..(sian depa)
may be depa dpt pon accidentally..
eshah dgn bangganya "tengok2.."

utk pengetahuan semua, TB (tuberculous bacilli) is a lazy organism..
it take time to develop..
BCG vaccine yg kte sume amik pon need 3 month to give reaction rite?
same goes as tuberculin test, it need 2/3 day to show da result (kalo x silap)
also need long close contact between case & contact..

tp jgn la plak pesakit ni kecik ati kalo mrk dijaohkn..
anda perlu paham bhw..Islam menggalakkan umatnya berusaha mengelakkan dari penyakit. Antara usahanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak.
cume kadang kala org ramai x tahu cara yg plg hikmah utk melakuknnya..smpi mengguris hati pesakit..

Ini jelas apa yang berlaku kepada Saidina Umar ketika beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata :

أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab :

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (HR Bukhari)

so,

لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)


bonus tambahan bg semua pesakit..

Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah ra bertanya berkata :

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (HR Bukhari)


qudwah yg t'baek tentulah daripada Baginda saw..

Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah SWT. Jabir bin Abdullah RA telah meriwayatkan :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

” Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi SAW bersabda : “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (HR Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yang bertanggung jawab untuk bersama pesakit yang berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dengan Allah dan meminta perlindungan kepadaNya

itulah antara kepentingn menuntut ilmu, bila da blajar, kte tahu bgimana penyakit ini bleh merebak & kte tahu adakah langkah pencegahan yg kte amik btol2 b'kesan atau hnya menambah kesedihn pesakit (yg sememangnya sentiasa merasa dgn low profile & very sensitive toward any others' perception about him/her)

rujukn..bablik helss dan http://abunuhadotwordpressdotcom/2009/08/05/wabak-penyakit-berjangkit-menurut-pandangan-islam/

Thursday, December 17, 2009

Plague - arthropod borne disease

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه


“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (HR Muslim)


sj nk tulis psl ape yg blajar smlm..


"the hadeeth of The Prophet Mohammad that recommed not to leave a country or enter one country where the plague is present is consdered early quarantine measure" as examples of early intervention to infectious disease..-Public health teks book~

hebat bkn sabda nabi diatas? kalam nabi bkn sbrg kalam..kalam nabi dtg dari wahyu Allah..kalao tidak, macam mana nabi boleh bersabda demikian kn? pnye la canggih modern intervention of the disease (yg kami blajar dlm public helss) tp, ttp b'pandukn Hadith Nabi yg berusia lebeyh 1 kurun yg lalu..


Kuarantin (quarantine) dalam Islam.


Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit.

Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yang sihat. (infectious)

kenapa pesakit plague perlu dikuarantin?
sbb peringkat yg paling mudah menjangkiti org laen adalah Pneumonic Plague iaitu dgn droplet infection & by sputum..it is used to be fatal
diseases

ok itu sj stakat ini, dah lewat nk p skolah dah ni :D

Wednesday, December 16, 2009

Pengajaran dari kisah Nabi Musa - Bani Israel

Nabi Musa AS memimpin Bani Israel ke arah tanah suci dan berkata kepada mereka :


21. (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) Yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".

namun mereka tetap memilih kemurtadan dan berpaling dari jalan yg benar..

22. mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".

24. mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua. sesungguhnya kami di sinilah duduk menunggu".

Bani Israel tidak mahu kedaulatan, kebanggaan atau tanah yg dijanjikankerana hal tersebut menutut mereka untuk memerangi orang2 yg terlalu perkasa. Itulah perjalann terakhir Nabi Musa AS, kerja keras yg luar biasa utk mengharungi perjalann yg jauh & perkara memalukn yg berlanjutan, malapetaka & penyelewengn yg dilakukn oleh Bani Israel

25. Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya Aku tidak dapat Menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara Kami Dengan kaum Yang fasik itu".

26. Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau Dengan bingungnya (di sepanjang masa Yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah Engkau berdukacita terhadap kaum Yang fasik itu". ( Surah al-Maidah)

~petikan zionisme :orde barat menghancurkn islam by hj mohd hanif hj ismail~

tersentak tatkala membaca petikan diatas.. Nabi Musa diuji dgn ujian yg sgt dahsyat, & terpaksa berhadapan dengan Bani Israel yg ngade2..namun Baginda tetap teguh di atas jalan Allah..mmg luar biasa perjuangan Rasul ulul 3azmi ini..

sepertinya Allah ign membuat p'bandingn p'bezaan keadaan Nabi Musa dan diriku saat ini..

huhu..baru diuji dgn perangai manusia yg pelbgi ragam ini sudah mengeluh, tension, rasa lemah & nk berputus asa..Allah nk bg aku jadi hamba yg kuat!

insya allah aku mampu utk buat tugasan yg berat dgn sokongn penuh sahabat2 sekeliling tp, aku surrender utk buat kerja yg mudah namun dibebani dgn kecerewetan & ketidak seriusan org org sekeliling..

Syukrillah~ terasa sentiasa dlm pemerhatian Allah..

huhu..w/pun rasa byk hak Allah masih tidak tertunai..

Friday, December 11, 2009

tragedi panas ati ngn arab terjadi lg..

Allah..Allah..Allah
AstaghfiruLlah! AstaghfiruLlah! AstaghfiruLlah!

madam seeham bgtao kt ktorg klas public akn brmula pd hari sabtu..
apalagi, ktorg yg da lame planning tuk ke hussin trus mmbuat perancangan on spot ke hussin..
haha..excited giler! itulah die, sy & sya..

ktorg btolak pd jam 9 pg, kamis = 8/12..hoho
on da way..ade org call bgtao "ade klas ari ni! madam seeham baru call kok na.."
tahu sy kt mane wktu tu? dlm metro dari shoubra ke mubarak..haha
kami hnya mampu ketawakn diri sndiri..

sgalanya b'jln lancar, trus ke hussin, ronda2 carik kaen tudung & langsir..
tido di rumah kwn sya (kt sayyeda)

esok pg, (x pg sgt..kol 11) b'tolak ke hussin utk amik tmph kaen langsir..
kami janji nk amik kol 10 pg..
p lwt sket sbb agk t'kesan dgn janji arab..hoho

kami smpi kdai tu kol 12 t/hari..
"dah siap ke blom langsir sy smlm? tnye sya kpd ammu kedai
"dah siap, tp ade kt atas, kunci x de..die p solat jumaat..dtg balik lps 1 jam ye.."
"baek.." sahut kami kanak2 yg patuh

round2 lg carik tudung barang sehelai dua :D..
p solat jap..

kol 1 .30 ktorg smpi..
"jap2! stengah jam lg.."
angguk. nk kate ape kn?

"da siap ke blom ni?" tnye sy yg agk panas..
"suku jam lg.."
geleng kepala. arab! da namenye arab! mmg cmni pon
try tenangkn ati..ktorg bace Quran..

aishh! x siap lg..
abis sume org sy jeling..huh! benci tgk muke arab yg x tahu buat keje on time..
sian gk kt ammu2 yg x b'salah & esp sya..
(sori sya! panas ati dok dlm kedai tu)

ce teka siap kol bape?
hahaha....
kol 4.15..
bley caye x?
janji bleh siap kol 10 pg..tp ktorg hya dpt amik slps 6 jam!
dah la kalut nk cark teksi ke atabah..
ke shoubra..amik tremco ke tanta..


~dlm kekalutan utk cpt dpt tremco balik~

dlm tremco..dok sblah ammu yg byk ckp..:D
dok nyembang ngn die..hihi
sejuk sket ati yg td m'didih~
baek tol ammu2 tu..
byk btol die nk tao psl bdk m'sia yg sorg ni..hihi

mmg da jangka akn t'babas magrib..smpi kol 6
AlhamduliLlah..smpt solat magrib! syukur~

sedey! x smpt p klas ust salman :( ..(sbb stat kol 5.30)
x tao nape..x de mood nk ckp ngn sape2..
sian kt najah~ (sori! masih t'kesan dgn arab ptg td..huhu)

lps solat..cube waraskn akal~
AlhamduliLlah~

tp, bile kne tego ngn ahli bet laen sbb t'babas maghrib..
trus hlg mood balik..
malas nk ckp ngn depa..(igt nk xplain gk..tp, t'cancel tetibe)

sori kawan2! huhu
lemahnya diri ini bila diuji dgn bende sekecil ini~ :(

“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)

Wednesday, December 9, 2009

baekkah di tgh2?

p awal bahr td..nk beli kasut..

tgk kasut kanak2, lawa!
sume comey2, corak pon menarik :D
"aizah syuf di.."
"maas kam?"
"kam maas akbar hagah?"
"35"
"masyi, ana aizah syufha"
"oo..3udi hunak.."
"mmm"

..beberapa ketika kemudian..
ammu tu pon bg la kasut hitam bunga pink tu..
"di akbar kholis?"
kecik la kok na..ketat!

x pe lah..mmg kasut bdk kot..
tgk la kasut 'remaja' plak..
"aizah syuf di.."
"lun rososi?"
"mmm"

..beberapa ketika kemudian..
ammu tu bg kasut kaler kelabu pink plak..
"fi asghar min di?"
"la'..di asghor kholis.."
"masyi"

"jom balik kok na~"

hehe..nk magrib da time tu
inilah kejadian yg slalu b'laku kt sy yg 'comey' di tanah arab ni..
da beser da ;)

Monday, December 7, 2009

berjemaah itu seronok :)

saje nk nulis mende ngarot ni :)

"sy plan cuti ni nk pg umrah dgn amal, tp bile sy pk,
mestilah korg nk pg jgk kn? "
"eh, mestilah "
"tu lah, kalo pg sorg je, sy ngn amal x seronok lah..
kalo ramai2 ngn korg mesti best"
"sy plan nk ajak batch kte dlm 10 org ke pg turki winter break ni"
"nnti sy pk dulu, bncg ngn amal, ajak k.ji skali"
"ok, gtao cepat ek sbb die nk tao 1 bln stgh b4 trip"
"okay :)"

10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat...(surah al-hujurat :ayat 10)

haha..
gtulah lebey krg dialog ktorg kt tepi mudarog ophthal pg td..
smntara tggu doc dtg..nk wt revision ophthal..huhu

bile wt keje ramai2 sonok..
keje berat pon enjoy..
alhamdulillah batch ktorg yg sedikit ini dikurniakan nilai ukhuwah yg hebat..
terima kaseh Allah! :) :)

byk bende yg kami buat b'sama..
t'igt dulu2 masa tahun 1 & 2, ade lah rase cm asobiyah sket..
pegi mane2 mesti same2 1 batch..
w/pn x semua, byk dah tmpt yg kami pegi same2..

~rehlah akhir tahun 1 di hadiqah atfal~


~dahab..tahun 2~


~pharaonic village..tahun 3~


~m'ameenkn doa ma'thurat di pdg pasir bahriya~

nikmat ukhuwah yg manis..alhamdulillah~ assyukru liLlah~

Saturday, December 5, 2009

kisah uzair ~ (surah al-BaQarah 2:259)

259. atau (tidakkah Engkau pelik memikirkan Wahai Muhammad) tentang orang Yang melalui sebuah negeri Yang telah runtuh Segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan Dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama Engkau tinggal (di sini)?" ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (tidak benar), bahkan Engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan Engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, Bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya Dengan daging ". maka apabila telah jelas kepadanya (Apa Yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang Aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".



KISAH PEMUDA YANG BERNAMA 'UZAIR


Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahwa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.

Sebaik saja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

"Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.

Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.
Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.

Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?"
Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari."
Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahwa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."

Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."

Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahwa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahwa Allah berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik saja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?"

"Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini saja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.
'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali."
Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambunya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan suaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan."

"Uzair pun mendaha kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang rua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahwa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.

Berita itu bukan saja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahwa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia 'Uzair."
Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahwa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali 'Uzair saja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul."

'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahwa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahwa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu saja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.

copy from: http://wwwdotmiftydottripoddotcom/id38.html

sonok bace ayat ni sbb teringat kisah disebaliknya~ thanks to cik ain yg tnye psl kisah ni(pdahal sy x tao :D)